Saturday 31 December 2011

Doa Qunut Dalam Solat Subuh

suatu hari ni sayaaku buka MukaBuku. jadi aku terbaca satu status dari 1 person ni. dia mention ni... pelbagai komen dari viewer... jadi, saya sebagai orang islam, nak berkongsi ilmu info yang berkaitan.... sekira ada kesalahan, diminta komen dan beri pandangan...  ^_^... 

Nabi Muhammad (saw) berkata: "Ballighu 'Annīwalau ayah .." (بلغوا عني ولو آية) yang bermaksud: menyampaikan dari saya walaupun sepotong ayat. Hadis ini sahih, diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibn 'Amr(Hadis no 2838....)




dr muka buku
jadi ini penjelasan dari ustaz... sila baca dan fahami... jangan nak menunding jari dan memalukan diri dan agama serta bangsa.... ingat, islam itu indah... ^_^ ikut apa yang disuruh,tinggal apa yang dilarang.... tunaikan kewajipan... :)


 Di dalam mazhab Syafie qunut bukanlah rukun bagi solat tetapi sunat mua'kad.
Doa qunut ada tiga jenis. Pertama ialah doa Qunut Nazilah, iaitu doa yang dibacakan setelah ruku' (i'tidal) pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunnah haiat (kalau lupa tertingal tidak disunatkan bersujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (mushibah) yang menimpa, seperti serangan rejim zionis ke atas gaza baru-baru ni, bencana alam, penyakit pendamic, dan lainnya.

Qunut Nazilah ini mencontohi Rasulullah SAW Yang memanjatkan doa Qunut Nazilah selama satu bulan atas mushibah terbunuhnya qurra' (para sahabat Nabi SAW yang hafal al Qur'an) di sumur Ma'unah. Juga diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. bahwa "Rasulullah SAW kalau hendak mendoakan untuk kebaikan seseorang atau doa atas kejahatan seseorang, maka baginda baca doa qunut setelah ruku' " (HR. Bukhori dan Ahmad).

Kedua, qunut solat witir. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah (hanafiyah) qunut witir dilakukan dirakaat yang ketiga sebelum ruku' pada setiap solat sunnah. Menurut pengikut Imam Ahmad bin Hambal (hanabilah) qunut witir dilakukan setelah ruku'. Menurut Pengikut Imam Syafi' (syafi'iyyah) qunut witir dilakukan pada akhir shalat witir setelah ruku' pada separuh kedua bulan Ramadhan. Akan tetapi menurut pengikut Imam Malik qunut witir tidak disunnahkan.

Ketiga, doa qunut pada raka'at kedua solat Subuh. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad doa qunut solat Subuh hukumnya tidak disunnahkan kerana hadis Nabi SAW bahawa ia pernah melakukan doa qunut pada saat solat Fajar selama sebulan telah dihapus (mansuh) dengan ijma' sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud:

"Diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud: Bahawa Nabi SAW telah melakukan doa qunut selama satu bulan untuk mendoakan atas orang-orang Arab yang masih hidup, kemudian Nabi SAW meninggalkannya."
 (HR. Muslim)

Menurut pengikut Imam Malik
(Malikiyyah) doa qunut solat Subuh hukumnya sunnah tetapi disyaratkan pelahan saja (sirr). Begitu juga menurut Syafi'iyyah hukumnya sunnah ab'ad (kalau lupa tertinggal disunatkan sujud sahwi) dilakukan pada raka'at yang kedua shalat Shubuh. Sebab Rasulullah SAW ketika mengangkat kepala dari ruku' (iktidal) pada rakaat kedua shalat Shubuh beliau membaca qunut. Dan demikian itu "Rasulullah SAW lakukan sampai meninggal dunia (wafat)". (HR. Ahmad dan Abd Raziq) Imam Nawawi menerangkan dalam kitab Majmu'nya:

Dalam Madzhab kita (madzhab Syafi') disunnahkan membaca qunut dalam shalat Shubuh, baik kerana ada mushibah maupun tidak. Inilah pendapat majoriti ulama' salaf'
. (al-Majmu', juz 1 : 504)

Pendapat tentang bagaimana dua hadits tentang doa qunut pada sola
t Subuh yang tampak tidak sejalan. Cara kompromi untuk mendapat kesimpulan hukum (thariqatu al-jam'i wa al-taufiiq) dapat diuraikan, bahwa hadits Abu Mas'ud (dalil pendapat Hanafiyyah dan Hanabilah) menegaskan bahwa Nabi SAW telah melakukan qunut selama sebulan lalu meninggalkannya tidak secara tegas bahwa hadits tersebut melarang qunut solat Subuh setelah itu. Hanya menurut interpretasi ulama yang menyimpulkan bahwa qunut solat Subuh dihapus (mansukh) dan tidak perlu diamalkan oleh umat Muhammad SAW. Sedangkan hadits Anas bin Malik (dalil pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah) menjelaskan bahwa Nabi SAW melakukan qunut solat Subuh dan terus melakukannya sampai baginda wafat.

Kesimpulannya, ketika interpretasi sebahagian ulama bertentangan dengan pendapat ulama lainnya dan makna teks tersurat (dzahirun nashs) hadits, maka yang ditetapkan (taqrir) adalah hukum yang sesuai dengan pendapat ulama yang berdasarkan teks tersurat hadis shahih. Jadi, hukum doa qunut pada solat Subuh adalah sunnah ab'adl, yakni ibadah sunnah yang jika lupa tertinggal mengerjakannya disunatkan melakukan sujud sahwi setelah duduk dan membaca tahiyat akhir sebelum salam.

 Tertinggal rukun wajib dalam sembahyang tidak memadai ditampung dengan sujud sahwi sahaja, wajib kita ulangi atau kembali dari tempat terlupa tadi dan disunatkan sujud sahwi sebelum salam.
 

Wallahu a'lam bi -shawab.

home made macaroon.. ^_^



Bonjour! comment voulez-vous faire ?hihi… cakap perancis lak pepagi buto ni kan…hihi… Assalamualaikum...today memandangkan ramai meminta resipi homemade macaroon selama ni, jadi beta telah ambil keputusan untuk share dengan semua^_^... tapi dengan syarat, usaha tangga kejayaan... benda ni perlu betul teknik dan sukatan. kalau x...hmm... xjadi lah gamak nyer..kihkihkih... before ke resipi,beta nk share dengan rakayt jelata..hehehe.. semua tips2 nak jadikan macaroon or meringue menjadi (errk! paham x ayat aku?)... hehehe...

Tips2:

1. Pastikan spatula, whisk dan bekas2/peralatan yang digunakan bebas dari minyak & air.

2. Masa nak asingkan putih telur & kuning telur pastikan kuning telur x masuk skali.. walaupun sikit.. Cara senang nk asingkan, sejukkan telur dalam peti sejuk 1 malam baru asingkan…tp lepas asing tu make sure letak dia dlm suhu bilik (paling minimum 1 jam paling maximum yang aku tau dari chef2 internet ni 3 hari!!! Sanggup letak 3 hari? Beta letak 6 jam je..) sebelum buat macaroon.

3. Persekitaran yg kering dan panas pun penting bila nk buat macaroon..sbb macaroon ni perlukan udara panas utk tujuan pengeringan. kalau hujan udara lembap dan ambil masa untuk macaroon kering maybe lebih dr sejam dua (ada yang cakap time winter 4 jam!.. Errk! Betui ka?)..so sbb tu ada tips cara keringkn pki oven tu..
4. Masa proses macaronage iaitu proses mengacau putih telur & serbuk badam nanti, jangan over do, sebab nanti macaroon akan pecah@retak seribu...T_T
5. Tips ni pun penting, pastikan macaron betul2 kering, (bile tekan dengan jari, dia x melekat dijari). Leastu bukan permukaan sahaja kering, tepi2 macaroon pn kene kering... kalau x, kaki dia xmo kua.. huhu... kalau tak kering, macaroon yg dibakar akan menjadi gunung berapi meletus.. uhuhu...(mesti korang nages nanti.. T_T)
6. Sila timbang dengan betul, sedikit@banyak, sukatan salah, macaroon xjadi... paling penting putih telur.. hmm...
7. Masa membakar, gunakan api atas bawah. selama aku bertapa macaroon sdn bhd nih, aku perhatikan kebanyakan chef2 bakar macaroon 1 tray at a time.. dan make sure macaroon kene jarak2 time bakar..
8. Gunakan pewarna serbuk/gel SAHAJA. Jangan gunakan pewarna berasaskan minyak sebab macaroon amat sensitive dengan minyak dan air! Juga jangan gunakan pewarna cecair biasa..kerana ia akan mengubah kecairan macaroon... faham x? huhhuhu...
9. Org ckp macaroons manis sgt..tapi if nk buat kurang manis.. nanti xmenjadi... luarannya,xjadi mcm licin n  xcantik.. n bahagian luar xkeras ..bile buat manis.. barula jadi keras kt luar n berkilat(shining sparkle gitu... hehehe!).. n..kalau buat meringue, guna gula y pekat mcm madu (Italian method)..akan jd lg cantik n licin..
10. Selalu macaroong ni mkn bersama coffee barulah balance.. huhuhu... so, jangan nak berangan makan macaroon dengan coke! huhu... kencing manis hamba xtulun..huhuhu....
11. Selepas pipping atas baking sheet, ketuk2(bukan ketuk pintu yerk.. tap je..) permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macaroon. Silicone mat@silpat dapat mengelakkan macaroon daripada melekat. Ianya juga lebih jimat berbanding menggunakan baking sheet.
12. kalau tapak macaroon masih melekat, bermakna macaroon belum masak sepenuhnya. So, masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi..alert! jgn terlalu lama, nanti hangusz.. ^_^
13. Buat macaroon perlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah boleh pengaruhi macaroon cikpuan sekelian.. xcukup masak-macaroon susah nak tanggal, suhu panas sangat-macaroon pecah, ter'overdo'- macaroon jadi gunung berapi...

ok2 dah puas beta membebel pasal tips2 macaroon or meringue kan.. so, resipit time... hehee... Ok,Resipi Macaroon:
Ingredient 1:

50 g atau 1 ½ biji putih telur 
125 g icing sugar
125 g almond meal
Secubit serbuk pewarna (ikut suka nak pekat letak lebih ^_^)

Ingredient 2:
50 g atau 1 ½ biji putih telur 
125 g castor sugar 
34 g air
secubit cream of tartar 
P/s: telur tu cikpuan sekelian gune 3 large egg white yerk lepastu bahagi je dua mangkuk.. ^_^


Filling: beta guna nutella je sebab xsempai nak buat filling... ^_^
ok, method nak buat macaroon:
1. mula2 ayak gula icing dan serbuk badam bersama. kalau serbuk almond tu kasar sangat, blend dulu baru ayak. Ketepikan. lukiskan bentuk bulat berukuran 3.5-4cm kelebaran pada bakin paper sheet. jarak pula antara bulatan is 2.5cm..

2. Kemudian asingkan putih telur kepada dua bahagian. 50g masukkan kedalam adunan kering TANPA kacau. masukkan je dan masukkan pewarna.

3. kemudian masukkan telur selebihnya dalam mixing bowl yang dah complete dengan pemukul. masukan secubit cream of tartar pukul pada speed 1 sehingga ada buih2. lepas tu berhenti pukul biarkan.

4. ok, kemudian masukkan air dalam sauce pan dan gula castor. jerang atas api perlahan dan biarkan mendidih. Peringatan TIDAK PERLU kacau. Biarkan mendidih. Ok, bila gula dah start mendidih(ada buble2 kecik2 timbul tue..), start pukul telur putih tadi(yang mixed with cream of tartar tadi dalam mixing bowl)dengan speed 3 sampai jadi buh2 (macam buih sabun).kalau waktu pukul tu gula still tak smpai suhu 118◦c, perlahankan atau speed ke 1 atau berhenti pukul. Gunakan termometer manisan untuk sukat suhu sirap gula ni. Make sure kena tepat pada suhu 118◦c. Selalunya makan masa 3 minit je nak sampai suhu 118◦c ni. So, kena cepat2 dan cekap lah.. ^_^... dah sampai suhu yang dikehendaki, tutup api dan alihkan sauce pan dari dapur.

5. Ok, after that. mula masukkan sirap gula caster sedikit2 (3 kali masuk). Pelahan-lahan pada TEPI mixing bowl. Sambil pukul pada medium speed. INGAT! Jangan masukkan sekali semua.. mesti sikit2 pada tepi2 dinding mixing bowl..^_^ ok!

6. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk  peak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tak jatuh bila mangkuk diterbalikkan.
7. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk).Kacau secara perlahan dengan rima kuap balik. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.
8. Paipkan adunan pada talam berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm tadi 
Biarkan kering 40minit hingga 1 jam. Make sure tapi2 macaroon dan  permukaan betul2 kering. Kalau xkering nanti xjadi cantik... T_T..


9. Selepas 40minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 120◦c selama 15 minit-20minit (masa pembakaran maybe berbeza sebab bergantung kepada jenis model oven, make sure anda kenal pasti oven anda terlebih dahulu!).  

11. dah masak, cukup time, keluarkan macaroon dari oven,Biarkan macaroon sejuk dan baru asingkan daripada talam. Ok sedia untuk dihiaskan dengan filling kegemaran.

Beta buat macaroong ni beberapa kali dan eksperimen (mcm chemistry plak.. haha..)baru jadi, usaha tangga kejayaan.. jangan putus asa..(exam ke?)huhu...Harap2 resipi beta dan method beta kasi ni cikpuan sekalian paham..huhu... kalau xpaham, sile lah tanye... J  
SELAMAT MENCUBE!!! J
Cawcincau! 

Monday 26 December 2011

Ayam Pangang Madu

amacam? nampak sedap x... hihihi... ni lh ayam pangang madu... sedap... tapi aku buat versi sihat kurang garam.. hehehe...resipi kt bawah yerk... ^_^

 bahan2:
500g ayam.. xkisah lah nak ambil part ape pun.. aku ambil part tulang2..hehe
3sudu sweet hoision sauce
2 sudu kicap pekat
3 sudu madu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh garam halus
bahan kisar:
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia muda

method:
1. basuh ayam bersih2 dengan asam limau untuk buang bau hanyir.
2. bila dah bersih, perapkan ayam dengan semua bahan2 tadi paling minimun 30minit paling lame 1 day.
3. ayam boleh di grill atau di panggang bbq. terpulang pada anda.. hehe...
4. dah masak boleh lah makan..hehehe...
SELAMAT MENCUBE... ^_^

Tuesday 20 December 2011

entah pape tah!

Ya Allah!! budak nih...! xbangun lagi? dah tengaharri... hmm... macam bese r.. bangun tido mesti tgok jam kan..huhu... alah.. baru pkol 8pagi... belum kul 10 lagi..huhu... nak sambung tido macam xselamat je..huhu... so aku updateblog aku..kuikuikui... ermm.. harini nk cite pasal pae yerk? hmm... haaa... baru teringat semalam aku dok mengorek2 internet(boleh ke?) sesuke hati aku..kehkehkeh... aku tengok, kebanyakan bebelog tah sape2 tah yang bangang bobonar letak ads(iklan) tap pape tah kat area artikel yang dorang post.. WTF! baek xpayah tulis artikel... cet... so, kepade sesiape yang terase... sile lah perbaiki page anda yerk..huhu... memang lah lantak aku lah nk buat ape pn ini belog aku! huh! tapi atleast ko xyah lah nk tambah dose orang memaki ko tanpe sedar... ade paham??
CHOW!!!!

Monday 19 December 2011

Laksa Nyonya My Style ^_^

hi, hari ni aku masak menu permintaan wan aku.. dah lama dia dok mintak aku buat, so, today  aku buat lah...hehehe... pagi2 aku dok servey2 resipi kt internet banyak yang tak sama, aku amek ciput2 kt link ni http://www.grouprecipes.com/7109/nonya-laksa.html so aku try and error... the result..... THE BOOM!!! Sedap sgt! wan n atok makan licin... hehehe.... nk tau ape yang aku campak? hehehe

LAKSA NYONYA MELAKA

Bahan2:

1 paket mehun atau mee laksa aku pakai mee laksa
300g udang segar
500ml santan pekat
50g bebola ikan
50gm kek ikan
100g kerang yang telah dcelur dan dibuang kulit  cengkerang
200g sotong segar
200g dada ayam
1 batang timun dihiris2
100g taugeh dibuang ekor dan dicelur
beberapa biji limau kasturi/nipis dibelah dua
2 biji cili merah dihiris
50ml air asam jawa
3 tangkai daun kesum
10g udang kering(rendamkan hingga kembang)
garam gula secukup rasa
bahan2 kisar halus:
1 labu bawang putih
10 biji bawang merah
80g cili giling
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 batang serai
3 ulas buah keras
2 sudu camca belacan

cara2 memasak:

1. celur udang dalam 750ml air hingga separuh masak.
2. kemudian tos udang. kopek kulit udang dan asingkan.
3. boleh rebus dada ayam dalam air rebusan yang sama hingga masak. air rebusan ni digunakan untuk buat stok kuah. tos ayam. biarkan sejuk. bila dah sejuk carik2 isi ayam dan asingkan.
4. panaskan minyak dalam periuk lain. tumis bahan kisar hingga wangi.
5. kemudian, masukan udang kering. tumis lagi 10 minit.
6. kemudian tuangkan stok air rebusan udang ke dalam periuk tumisan. masuk kan daun kesum dan air asam jawa. biarkan mendidih dengan api perlahan.
7. masukkan udang yang telah direbus, sotong yang telah di potong kecil, kek ikan yang telah dihiris, bebola ikan yang telah dibelah dua. biarkan mendidih dan masak hingga bahan2 tadi masak.
8. kemudian, masukkan santan pekat perlahan2 sambil kacau. masukkan garam dan gula secukup rasa. biarkan mendidih dengan api perlahan hingga timbul lapisan merah(minyak). kuah siap!
8. celur mee laksa hingga masak dan toskan.

cara penyediaan: ambil mee sebanyak mana suka kedalam mangkuk. kemudian, letak lah isi ayam, kerang, taugeh, timun, cili hiris, limau nipis kasturi atas mee.o curah kuah dan rencah atas mee... siap tuk dihidang.. ^_^


bile aku makan tadi, aku teringat rase dia same exactly mcm maggi laksa singapore! xcaye, ko beli bende alah tu, ko masak, ko rase... hihihi...
(ehsan dari pakcik google)
ha, ko beli, ko masak ko rase... same x... hihihi...
CHAW CINCAU!!!!
^_^


Sunday 11 December 2011

Asam pedas Ikan Jenahak


Asalamualaikum... hari ni aku rajin sikit nak bangun pagi... hahaha... kalau x, haram... huhuhu... pagi2 lagi aku dah kua dengan atok n wan aku pergi kampung, tengok kebun dan hasil tanaman.. maklumlah.. kebun jauh, buah2 pulak semakin masak.. jadi kene rajin pergi tengok, kalau x, hmm... beruk kepale hitam yang angkut!! so, aku singgah la pasar Johol, mane lah tau kot2 ade ikan baru n best2..hihi... fuuyoo..!! memang rezeki aku kot, ade ikan jenahak dan ikan KERAPU my peberet!!! beli lah sekor ikan jenahak, dan 2 ikan kerapu sederhana saiz... tau x macam ne rupe ikan jenahak? kerapu? 

haaa... ni ikan buruk ni lah ikan kerapu.. kalau masak stim or 3 rase, fuh... licin..hehe
(ehsan dari pakcik google)

ikan jenahak... jangan tersalah cakap ikan merah pulak yerk..huhu
(ehsan dari makcik google)

ok2 sambung balik... hehehe.... pastuh aku beli sekor ayam tuk stok freezer... hehe... 
halloo... i'm Mr Chicken.. nice too meet u..^_^
(ehsan dari Tok google)

sesampai je rumah, aku basuh dan mandikan ikan dan ayam aku beli tadi... sudah berseh aku simpan lah.. xkan masak semua kot!! huhu... pastu ak pun mulekan lah operasi memasak... errkk! lah..h nk masak ape? memandangkan semalam dah masak lau lomak lado api, hari ni aku masak asam pedas lah..hehehe.... 

ASAM PEDAS IKAN JENAHAK STYLE MELAKA... ^_^


Bahan2nye:

Bahan utama:
3 keping ikan jenahak (ikan lain pun boleh)

Bahan kisar:
1/2 bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili giling
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/4 jintan manis
1/4 jintan putih
1/4 lada hitam
1 inci belacan bakar

Bahan tumisan:

1/2 bawang besar (dimayang halus)

1 batang serai di titik
6 biji kacang bendi
1 biji tomato di potong 8
1 tangkai daun kari
3 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan
1/5 halba
1/5 biji sawi
air asam jawa secukupnya
air secukupnya

caranya: 

  1. panaskan minyak secukupnya. tumis bahan kisar dan kacau elak hangus. 
  2. kemudian masukkan bahan tumis. kecuali kacang bendi. tumis hingga naik minyak dan wangi. 
  3. kemudian masukan air asam jawa, air secukupnya dan kacang bendi. biar mendidih. 
  4. kemudian, masukan ikan dan garam secukup rasa. biarkan hingga ikan masak. tutup api.
  5. boleh dihidang dengan nasi panas dan ikan masin goreng..

KACANG PANJANG GORENG TELUR



Bahan:
seikat kacang panjang (suke hati nk potong macam ne)
2 biji telur(pecahkan kuning telur)
1/5 sudu teh serbuk kunyit
bahan dimayang halus:
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah 
1 biji cili merah
garam secukup rasa

caranya:
  1. panaskan minyak
  2. tumis bahan hirisan hingga wangi
  3. kemudian masukkan kacang panjang. goreng sekejap.
  4. kemudian masukan serbuk kunyit. kacau lagi.
  5. kemudian masukan telur. biarkan telur sedikit masak. 
  6. kemudian kacau dan masukkan garam secukup rasa.
  7. boleh dihidang dengan nasi panas.
SELAMAT MENCUBA! ^_^

hmm... dah habis merapu? JOM!! MAKAN!!! hehehe... 
Bon apetite (errkk betul ke? haarrgghh bantai..hehehe)

Sunday 20 November 2011

tips kecantikan..

haah.. ni blog aku. so, suke hati aku lah nak membebel ape pown... uhuhu... ooppss.. tips kecantikan.. hahaha... Ade orang dah marah aku sebab xjage muka.. huhu... dulu time study muke punye lah licin macam patung madam Tussaud.. huhu.. Lepas Hbis belajar, hhmmm.... berbukit bukau naik..hahahahaha... so, aku imbas semula memori aku time study dulu.. mcm mne muke aku boleh licin tahap tak terkata..hahaha.... aku pakai produk nih..
SimplySiti Simply 5 C Bright Cream 
(Ehsan dari Google)

Hari2 aku pakai.. tp xtebal sgt lh.. 1 botol tu boleh bertahan sampai 4Bulan!! hahaha.. Betapa jimat nye aku... kehkehkeh(bukan jimat tapi Kedekut!!) pencuci muka dia pun aku pakai... hehehe.. tpai bile aku pakai produk ni ade plak yang cakap "pakai mahal2 ade ke muke jadi macam Datuk Siti" huhu... tu lantak ko lh nk cakap ape..huhu.. kalau bedak muke aku suke pakai jenama maybelline.. tapi jarang sekali yer aku tenyeh tebal2... sbb aku xslesa pakai tebal2... time raye atau function atau datang mood melaram aku, haaa... berkati2 aku tenyeh..hahaaha...
 
Maybelline Angel Fit Compact Powder
(Ehsan Dari Google)

tapi sekarang aku tibai je bedak muke mak aku..hahaha... dari segi pemakanan pulak aku bedal je ape yang mak aku masak dan ape yang aku masak..hahaha... aku sekarang amalkan minum air Nestle Bliss 0% fat with fresh berries juice dan Nutrigen Lite Yo with collagen 2hari skali... hehe... yang paling penting senaman... xpun, if bekerjaya yang perlukan berjalan dan bergerak sane sini, xpayah nk semput2 exercise slalu.. paling koman pn 3kali seminggu 20 min.. hehehe...     

Ape lagi erk??? hmm... HAH!!! tdur kne cukup! beauty sleep kne cukup.. aku nye time for beauty is 8hours!!!! hahahaa.. aku sukeeeee sgggtttt TIDUR!!!hehehe... dan tak dinafikan aku ni suke makan snack pastu aku suke sgt2 makan biskut!!!! terutama biskut perisa chocolate.. dlu aku xsuke sgt makan coklat... tp bila dgn Mr Ash, ehehehe... aku suke... peberet dowh..hahahaa.... skarang nih mak aku dan aku sendiri sedang mencari satu produk yang boleh memutihkan dan melicin kan kulit tanpa pengelupasan..huhu.... Produk itu adalah Allissa... hmm... g sane xde, gi sini xde... kawan aku ckp ade..hmm.. xpe anti ak jmpe aku beli... pastu tgu dan lihat keputusannye.. hhahaha... cow cincau... Zzzzz~

Thursday 22 September 2011

bawal 3 rasa... hehe..

balik yo tang pasar den msti lah kono masak. dalam keto laie wan den dah kobar nk masak apo..uih.... kot den cakap loghat nogori sampai abih kang xdo org paham doo..hehe... menu tengah hari ni bawal 3 rase, terung asam rebus dan ayam goreng.. huhu...  ikan bawal tu wan aku cakap macam 4 rase... pape pun, wan n atok makan samapai bertambah menunjukkan skill masakan aku bagus..hahahahahahaha... puji diri plak..huhu... okey skang aku nak share resipi yang aku xcedok dari mana2 tapi ni ikut instict dan hasil tunjuk ajar my beloved mum dan makngah kesayangan..hehe...


 dalam pinggan ni ade sekerat je..hehe... kacang buncis xdiangkut pulak..huhu

IKAN BAWAL 3 RASA  (untuk 4orang makan)

Bahan Utama:
2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 1/2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh garam
5 batang jagung kecil(ala putik jagung tu..)
6 batang kacang peas(xde kacang peas kacang buncis pun boleh..hihi)
nenas ikut suka nak banyak mana.. tapi saya gantikan dengan tomato 1 biji di belah 8.
1 sudu makan gula pasir
minyak masak

Bahan Tumisan:
1 biji bawang besar dimayang(hiris halus)
3 ulas bawang putih, di cincang kasar
1 inci halia di hiris halus
1 sudu makan cili kisar
1 batang serai sederhana besar
1 cili merah di hiris
1 cili hijau dihiris

Bahan Sos:
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 sudu kicap cair
1 biji limau kasturi(ambil jus dia je.. :))

Cara memasak:

1. mula2 siang lah ikan bawal tu buang isi perut dan basuh bersih. ikan tu boleh di potong-potong  atau biar je sekor2 gitu..hihi... kemudian lumur ikan dengan kunyit, garam dan tepung jagung. goreng ikan hingga garing dalam minyak panas.. (deep fry sedap gi tuh!!) bila dah garing keemasan boleh la angkat, toskan minyak dan ketepikan.
2. dalam kualai yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 2 senduk minyak. tumis bahan tumisan hingga garing dan naik bau. masukkan  tomato, jagung dan kacang buncis/kacang peas. masak dalam 2 minit kemudian masukkan bahan sos. masukkan gula dan garam ikut cita rasa. tambah 30ml air dan kacau. biarkan kuah sedikit pekat. kemudian masukkan ikan bawal goreng tadi dan gaul rata sos dengan ikan.
3. Siap!!! tutup api dan boleh dihidangkan denga nasi panas.


ni rupe dalam periuk... separuh terung dh kene bedal dgn wan atok..hihi...

TERUNG MASAK ASAM REBUS resipi wan


Bahan Utama:
6 biji terung ungu sederhana saiz. belah dan kerat dua.

Bahan Kuah:
3 ulas bawang merah di tumbuk
2 ulas bawng putih ditumbuk
1 sudu makan cili kisar
1/2 inci halia ditumbuk
1 keping asam gelugur sederhana saiz
1/2 sudu makan garam
250ml air

Cara Masak:
masukkan kesemua bahan Kuah kedalam periuk sederhana saiz. Biarkan hingga kuah mendidih. kemudian masukkan terung kacau dan masak hingga terung masak dan empuk. kemudian kacau dan rasa kuah. jika kena dengan selera boleh tutp api dan hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng atau ayam goreng. lagi sempoi ikan masin sudah.. pn sedap.. hehe... enjoy...

Tuesday 13 September 2011

The Best Wedding Proposal Ever !!! Mobbed/Fox

this is the best wedding proposal!!!! i wish i could have this.. OMG!!! I Love This!! This video make me cry and feel that the man really appreciate the girl!!!

Thursday 8 September 2011

50 Langkah Bestari Suami Mithali Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model dan contoh. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

kepada suami-suami, lelakii dan bakal suami(tunangan orang), ambil ini sebagai panduan membantu anda menjadi suami terbaik disisi dan di mata isteri. 

Wednesday 24 August 2011

chocolate chip homem ade... hehehe... super sedap!!!

ha!!! sebelum aku tulis resipi bichekut chedap kegemaran ramai nih, aku nk post gambo dia dulu..hehehe
haa... ni dia... bukan for google but perom my tipon lah..hehehe...

bahan2:
2 cup softened butter (250gm=1 cup)
4 cup flour 
2 tsp baking soda
2 cup granulated sugar
2 cup brown sugar
5 cup blended oatmeal
24 oz choc chip (can add more if u want)
1 tsp salt
18 oz choco bar grated
4 eggs
2 tsp baking powder
3 cup chop nuts ( almond, pistachio, hazel, walnut,)
2 tsp vanilla extract

Preheat oven to 160°C. Line baking trays with non stick paper or with butter.

Beat softened butter, granulated sugar, brown sugar and vanilla extract for 1-2 minutes or until

 smooth and well combined. Beat in 4 eggs.

Stir in flour, oatmeal nuts,salt baking soda and baking powder in other big bowl. add choc chips and 

grated choc until evenly distributed.

then, mixed all dry and the mixture. when evenly mixed, keep the butter in refrigerator for 2-hours 

until its harden. then make the mixture into small balls and place on the lined trays. 

Bake for 40 minutes or until cooked(test with for or lift a bit with butter knife it its still soft means

still not cooked yet ). Transfer to a wire rack to cool. and keep it in airtight container. 




selamat mencuba!!! :)

Friday 12 August 2011

15 Anugerah Allah Pada Wanita Tidak Pada Lelaki...



1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Source: www.akuislam.com