Saturday 31 December 2011

home made macaroon.. ^_^



Bonjour! comment voulez-vous faire ?hihi… cakap perancis lak pepagi buto ni kan…hihi… Assalamualaikum...today memandangkan ramai meminta resipi homemade macaroon selama ni, jadi beta telah ambil keputusan untuk share dengan semua^_^... tapi dengan syarat, usaha tangga kejayaan... benda ni perlu betul teknik dan sukatan. kalau x...hmm... xjadi lah gamak nyer..kihkihkih... before ke resipi,beta nk share dengan rakayt jelata..hehehe.. semua tips2 nak jadikan macaroon or meringue menjadi (errk! paham x ayat aku?)... hehehe...

Tips2:

1. Pastikan spatula, whisk dan bekas2/peralatan yang digunakan bebas dari minyak & air.

2. Masa nak asingkan putih telur & kuning telur pastikan kuning telur x masuk skali.. walaupun sikit.. Cara senang nk asingkan, sejukkan telur dalam peti sejuk 1 malam baru asingkan…tp lepas asing tu make sure letak dia dlm suhu bilik (paling minimum 1 jam paling maximum yang aku tau dari chef2 internet ni 3 hari!!! Sanggup letak 3 hari? Beta letak 6 jam je..) sebelum buat macaroon.

3. Persekitaran yg kering dan panas pun penting bila nk buat macaroon..sbb macaroon ni perlukan udara panas utk tujuan pengeringan. kalau hujan udara lembap dan ambil masa untuk macaroon kering maybe lebih dr sejam dua (ada yang cakap time winter 4 jam!.. Errk! Betui ka?)..so sbb tu ada tips cara keringkn pki oven tu..
4. Masa proses macaronage iaitu proses mengacau putih telur & serbuk badam nanti, jangan over do, sebab nanti macaroon akan pecah@retak seribu...T_T
5. Tips ni pun penting, pastikan macaron betul2 kering, (bile tekan dengan jari, dia x melekat dijari). Leastu bukan permukaan sahaja kering, tepi2 macaroon pn kene kering... kalau x, kaki dia xmo kua.. huhu... kalau tak kering, macaroon yg dibakar akan menjadi gunung berapi meletus.. uhuhu...(mesti korang nages nanti.. T_T)
6. Sila timbang dengan betul, sedikit@banyak, sukatan salah, macaroon xjadi... paling penting putih telur.. hmm...
7. Masa membakar, gunakan api atas bawah. selama aku bertapa macaroon sdn bhd nih, aku perhatikan kebanyakan chef2 bakar macaroon 1 tray at a time.. dan make sure macaroon kene jarak2 time bakar..
8. Gunakan pewarna serbuk/gel SAHAJA. Jangan gunakan pewarna berasaskan minyak sebab macaroon amat sensitive dengan minyak dan air! Juga jangan gunakan pewarna cecair biasa..kerana ia akan mengubah kecairan macaroon... faham x? huhhuhu...
9. Org ckp macaroons manis sgt..tapi if nk buat kurang manis.. nanti xmenjadi... luarannya,xjadi mcm licin n  xcantik.. n bahagian luar xkeras ..bile buat manis.. barula jadi keras kt luar n berkilat(shining sparkle gitu... hehehe!).. n..kalau buat meringue, guna gula y pekat mcm madu (Italian method)..akan jd lg cantik n licin..
10. Selalu macaroong ni mkn bersama coffee barulah balance.. huhuhu... so, jangan nak berangan makan macaroon dengan coke! huhu... kencing manis hamba xtulun..huhuhu....
11. Selepas pipping atas baking sheet, ketuk2(bukan ketuk pintu yerk.. tap je..) permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macaroon. Silicone mat@silpat dapat mengelakkan macaroon daripada melekat. Ianya juga lebih jimat berbanding menggunakan baking sheet.
12. kalau tapak macaroon masih melekat, bermakna macaroon belum masak sepenuhnya. So, masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi..alert! jgn terlalu lama, nanti hangusz.. ^_^
13. Buat macaroon perlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah boleh pengaruhi macaroon cikpuan sekelian.. xcukup masak-macaroon susah nak tanggal, suhu panas sangat-macaroon pecah, ter'overdo'- macaroon jadi gunung berapi...

ok2 dah puas beta membebel pasal tips2 macaroon or meringue kan.. so, resipit time... hehee... Ok,Resipi Macaroon:
Ingredient 1:

50 g atau 1 ½ biji putih telur 
125 g icing sugar
125 g almond meal
Secubit serbuk pewarna (ikut suka nak pekat letak lebih ^_^)

Ingredient 2:
50 g atau 1 ½ biji putih telur 
125 g castor sugar 
34 g air
secubit cream of tartar 
P/s: telur tu cikpuan sekelian gune 3 large egg white yerk lepastu bahagi je dua mangkuk.. ^_^


Filling: beta guna nutella je sebab xsempai nak buat filling... ^_^
ok, method nak buat macaroon:
1. mula2 ayak gula icing dan serbuk badam bersama. kalau serbuk almond tu kasar sangat, blend dulu baru ayak. Ketepikan. lukiskan bentuk bulat berukuran 3.5-4cm kelebaran pada bakin paper sheet. jarak pula antara bulatan is 2.5cm..

2. Kemudian asingkan putih telur kepada dua bahagian. 50g masukkan kedalam adunan kering TANPA kacau. masukkan je dan masukkan pewarna.

3. kemudian masukkan telur selebihnya dalam mixing bowl yang dah complete dengan pemukul. masukan secubit cream of tartar pukul pada speed 1 sehingga ada buih2. lepas tu berhenti pukul biarkan.

4. ok, kemudian masukkan air dalam sauce pan dan gula castor. jerang atas api perlahan dan biarkan mendidih. Peringatan TIDAK PERLU kacau. Biarkan mendidih. Ok, bila gula dah start mendidih(ada buble2 kecik2 timbul tue..), start pukul telur putih tadi(yang mixed with cream of tartar tadi dalam mixing bowl)dengan speed 3 sampai jadi buh2 (macam buih sabun).kalau waktu pukul tu gula still tak smpai suhu 118◦c, perlahankan atau speed ke 1 atau berhenti pukul. Gunakan termometer manisan untuk sukat suhu sirap gula ni. Make sure kena tepat pada suhu 118◦c. Selalunya makan masa 3 minit je nak sampai suhu 118◦c ni. So, kena cepat2 dan cekap lah.. ^_^... dah sampai suhu yang dikehendaki, tutup api dan alihkan sauce pan dari dapur.

5. Ok, after that. mula masukkan sirap gula caster sedikit2 (3 kali masuk). Pelahan-lahan pada TEPI mixing bowl. Sambil pukul pada medium speed. INGAT! Jangan masukkan sekali semua.. mesti sikit2 pada tepi2 dinding mixing bowl..^_^ ok!

6. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk  peak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tak jatuh bila mangkuk diterbalikkan.
7. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk).Kacau secara perlahan dengan rima kuap balik. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.
8. Paipkan adunan pada talam berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm tadi 
Biarkan kering 40minit hingga 1 jam. Make sure tapi2 macaroon dan  permukaan betul2 kering. Kalau xkering nanti xjadi cantik... T_T..


9. Selepas 40minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 120◦c selama 15 minit-20minit (masa pembakaran maybe berbeza sebab bergantung kepada jenis model oven, make sure anda kenal pasti oven anda terlebih dahulu!).  

11. dah masak, cukup time, keluarkan macaroon dari oven,Biarkan macaroon sejuk dan baru asingkan daripada talam. Ok sedia untuk dihiaskan dengan filling kegemaran.

Beta buat macaroong ni beberapa kali dan eksperimen (mcm chemistry plak.. haha..)baru jadi, usaha tangga kejayaan.. jangan putus asa..(exam ke?)huhu...Harap2 resipi beta dan method beta kasi ni cikpuan sekalian paham..huhu... kalau xpaham, sile lah tanye... J  
SELAMAT MENCUBE!!! J
Cawcincau! 

No comments:

Post a Comment