Saturday 31 December 2011

Doa Qunut Dalam Solat Subuh

suatu hari ni sayaaku buka MukaBuku. jadi aku terbaca satu status dari 1 person ni. dia mention ni... pelbagai komen dari viewer... jadi, saya sebagai orang islam, nak berkongsi ilmu info yang berkaitan.... sekira ada kesalahan, diminta komen dan beri pandangan...  ^_^... 

Nabi Muhammad (saw) berkata: "Ballighu 'Annīwalau ayah .." (بلغوا عني ولو آية) yang bermaksud: menyampaikan dari saya walaupun sepotong ayat. Hadis ini sahih, diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibn 'Amr(Hadis no 2838....)




dr muka buku
jadi ini penjelasan dari ustaz... sila baca dan fahami... jangan nak menunding jari dan memalukan diri dan agama serta bangsa.... ingat, islam itu indah... ^_^ ikut apa yang disuruh,tinggal apa yang dilarang.... tunaikan kewajipan... :)


 Di dalam mazhab Syafie qunut bukanlah rukun bagi solat tetapi sunat mua'kad.
Doa qunut ada tiga jenis. Pertama ialah doa Qunut Nazilah, iaitu doa yang dibacakan setelah ruku' (i'tidal) pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunnah haiat (kalau lupa tertingal tidak disunatkan bersujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (mushibah) yang menimpa, seperti serangan rejim zionis ke atas gaza baru-baru ni, bencana alam, penyakit pendamic, dan lainnya.

Qunut Nazilah ini mencontohi Rasulullah SAW Yang memanjatkan doa Qunut Nazilah selama satu bulan atas mushibah terbunuhnya qurra' (para sahabat Nabi SAW yang hafal al Qur'an) di sumur Ma'unah. Juga diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. bahwa "Rasulullah SAW kalau hendak mendoakan untuk kebaikan seseorang atau doa atas kejahatan seseorang, maka baginda baca doa qunut setelah ruku' " (HR. Bukhori dan Ahmad).

Kedua, qunut solat witir. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah (hanafiyah) qunut witir dilakukan dirakaat yang ketiga sebelum ruku' pada setiap solat sunnah. Menurut pengikut Imam Ahmad bin Hambal (hanabilah) qunut witir dilakukan setelah ruku'. Menurut Pengikut Imam Syafi' (syafi'iyyah) qunut witir dilakukan pada akhir shalat witir setelah ruku' pada separuh kedua bulan Ramadhan. Akan tetapi menurut pengikut Imam Malik qunut witir tidak disunnahkan.

Ketiga, doa qunut pada raka'at kedua solat Subuh. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad doa qunut solat Subuh hukumnya tidak disunnahkan kerana hadis Nabi SAW bahawa ia pernah melakukan doa qunut pada saat solat Fajar selama sebulan telah dihapus (mansuh) dengan ijma' sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud:

"Diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud: Bahawa Nabi SAW telah melakukan doa qunut selama satu bulan untuk mendoakan atas orang-orang Arab yang masih hidup, kemudian Nabi SAW meninggalkannya."
 (HR. Muslim)

Menurut pengikut Imam Malik
(Malikiyyah) doa qunut solat Subuh hukumnya sunnah tetapi disyaratkan pelahan saja (sirr). Begitu juga menurut Syafi'iyyah hukumnya sunnah ab'ad (kalau lupa tertinggal disunatkan sujud sahwi) dilakukan pada raka'at yang kedua shalat Shubuh. Sebab Rasulullah SAW ketika mengangkat kepala dari ruku' (iktidal) pada rakaat kedua shalat Shubuh beliau membaca qunut. Dan demikian itu "Rasulullah SAW lakukan sampai meninggal dunia (wafat)". (HR. Ahmad dan Abd Raziq) Imam Nawawi menerangkan dalam kitab Majmu'nya:

Dalam Madzhab kita (madzhab Syafi') disunnahkan membaca qunut dalam shalat Shubuh, baik kerana ada mushibah maupun tidak. Inilah pendapat majoriti ulama' salaf'
. (al-Majmu', juz 1 : 504)

Pendapat tentang bagaimana dua hadits tentang doa qunut pada sola
t Subuh yang tampak tidak sejalan. Cara kompromi untuk mendapat kesimpulan hukum (thariqatu al-jam'i wa al-taufiiq) dapat diuraikan, bahwa hadits Abu Mas'ud (dalil pendapat Hanafiyyah dan Hanabilah) menegaskan bahwa Nabi SAW telah melakukan qunut selama sebulan lalu meninggalkannya tidak secara tegas bahwa hadits tersebut melarang qunut solat Subuh setelah itu. Hanya menurut interpretasi ulama yang menyimpulkan bahwa qunut solat Subuh dihapus (mansukh) dan tidak perlu diamalkan oleh umat Muhammad SAW. Sedangkan hadits Anas bin Malik (dalil pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah) menjelaskan bahwa Nabi SAW melakukan qunut solat Subuh dan terus melakukannya sampai baginda wafat.

Kesimpulannya, ketika interpretasi sebahagian ulama bertentangan dengan pendapat ulama lainnya dan makna teks tersurat (dzahirun nashs) hadits, maka yang ditetapkan (taqrir) adalah hukum yang sesuai dengan pendapat ulama yang berdasarkan teks tersurat hadis shahih. Jadi, hukum doa qunut pada solat Subuh adalah sunnah ab'adl, yakni ibadah sunnah yang jika lupa tertinggal mengerjakannya disunatkan melakukan sujud sahwi setelah duduk dan membaca tahiyat akhir sebelum salam.

 Tertinggal rukun wajib dalam sembahyang tidak memadai ditampung dengan sujud sahwi sahaja, wajib kita ulangi atau kembali dari tempat terlupa tadi dan disunatkan sujud sahwi sebelum salam.
 

Wallahu a'lam bi -shawab.

home made macaroon.. ^_^



Bonjour! comment voulez-vous faire ?hihi… cakap perancis lak pepagi buto ni kan…hihi… Assalamualaikum...today memandangkan ramai meminta resipi homemade macaroon selama ni, jadi beta telah ambil keputusan untuk share dengan semua^_^... tapi dengan syarat, usaha tangga kejayaan... benda ni perlu betul teknik dan sukatan. kalau x...hmm... xjadi lah gamak nyer..kihkihkih... before ke resipi,beta nk share dengan rakayt jelata..hehehe.. semua tips2 nak jadikan macaroon or meringue menjadi (errk! paham x ayat aku?)... hehehe...

Tips2:

1. Pastikan spatula, whisk dan bekas2/peralatan yang digunakan bebas dari minyak & air.

2. Masa nak asingkan putih telur & kuning telur pastikan kuning telur x masuk skali.. walaupun sikit.. Cara senang nk asingkan, sejukkan telur dalam peti sejuk 1 malam baru asingkan…tp lepas asing tu make sure letak dia dlm suhu bilik (paling minimum 1 jam paling maximum yang aku tau dari chef2 internet ni 3 hari!!! Sanggup letak 3 hari? Beta letak 6 jam je..) sebelum buat macaroon.

3. Persekitaran yg kering dan panas pun penting bila nk buat macaroon..sbb macaroon ni perlukan udara panas utk tujuan pengeringan. kalau hujan udara lembap dan ambil masa untuk macaroon kering maybe lebih dr sejam dua (ada yang cakap time winter 4 jam!.. Errk! Betui ka?)..so sbb tu ada tips cara keringkn pki oven tu..
4. Masa proses macaronage iaitu proses mengacau putih telur & serbuk badam nanti, jangan over do, sebab nanti macaroon akan pecah@retak seribu...T_T
5. Tips ni pun penting, pastikan macaron betul2 kering, (bile tekan dengan jari, dia x melekat dijari). Leastu bukan permukaan sahaja kering, tepi2 macaroon pn kene kering... kalau x, kaki dia xmo kua.. huhu... kalau tak kering, macaroon yg dibakar akan menjadi gunung berapi meletus.. uhuhu...(mesti korang nages nanti.. T_T)
6. Sila timbang dengan betul, sedikit@banyak, sukatan salah, macaroon xjadi... paling penting putih telur.. hmm...
7. Masa membakar, gunakan api atas bawah. selama aku bertapa macaroon sdn bhd nih, aku perhatikan kebanyakan chef2 bakar macaroon 1 tray at a time.. dan make sure macaroon kene jarak2 time bakar..
8. Gunakan pewarna serbuk/gel SAHAJA. Jangan gunakan pewarna berasaskan minyak sebab macaroon amat sensitive dengan minyak dan air! Juga jangan gunakan pewarna cecair biasa..kerana ia akan mengubah kecairan macaroon... faham x? huhhuhu...
9. Org ckp macaroons manis sgt..tapi if nk buat kurang manis.. nanti xmenjadi... luarannya,xjadi mcm licin n  xcantik.. n bahagian luar xkeras ..bile buat manis.. barula jadi keras kt luar n berkilat(shining sparkle gitu... hehehe!).. n..kalau buat meringue, guna gula y pekat mcm madu (Italian method)..akan jd lg cantik n licin..
10. Selalu macaroong ni mkn bersama coffee barulah balance.. huhuhu... so, jangan nak berangan makan macaroon dengan coke! huhu... kencing manis hamba xtulun..huhuhu....
11. Selepas pipping atas baking sheet, ketuk2(bukan ketuk pintu yerk.. tap je..) permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macaroon. Silicone mat@silpat dapat mengelakkan macaroon daripada melekat. Ianya juga lebih jimat berbanding menggunakan baking sheet.
12. kalau tapak macaroon masih melekat, bermakna macaroon belum masak sepenuhnya. So, masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi..alert! jgn terlalu lama, nanti hangusz.. ^_^
13. Buat macaroon perlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah boleh pengaruhi macaroon cikpuan sekelian.. xcukup masak-macaroon susah nak tanggal, suhu panas sangat-macaroon pecah, ter'overdo'- macaroon jadi gunung berapi...

ok2 dah puas beta membebel pasal tips2 macaroon or meringue kan.. so, resipit time... hehee... Ok,Resipi Macaroon:
Ingredient 1:

50 g atau 1 ½ biji putih telur 
125 g icing sugar
125 g almond meal
Secubit serbuk pewarna (ikut suka nak pekat letak lebih ^_^)

Ingredient 2:
50 g atau 1 ½ biji putih telur 
125 g castor sugar 
34 g air
secubit cream of tartar 
P/s: telur tu cikpuan sekelian gune 3 large egg white yerk lepastu bahagi je dua mangkuk.. ^_^


Filling: beta guna nutella je sebab xsempai nak buat filling... ^_^
ok, method nak buat macaroon:
1. mula2 ayak gula icing dan serbuk badam bersama. kalau serbuk almond tu kasar sangat, blend dulu baru ayak. Ketepikan. lukiskan bentuk bulat berukuran 3.5-4cm kelebaran pada bakin paper sheet. jarak pula antara bulatan is 2.5cm..

2. Kemudian asingkan putih telur kepada dua bahagian. 50g masukkan kedalam adunan kering TANPA kacau. masukkan je dan masukkan pewarna.

3. kemudian masukkan telur selebihnya dalam mixing bowl yang dah complete dengan pemukul. masukan secubit cream of tartar pukul pada speed 1 sehingga ada buih2. lepas tu berhenti pukul biarkan.

4. ok, kemudian masukkan air dalam sauce pan dan gula castor. jerang atas api perlahan dan biarkan mendidih. Peringatan TIDAK PERLU kacau. Biarkan mendidih. Ok, bila gula dah start mendidih(ada buble2 kecik2 timbul tue..), start pukul telur putih tadi(yang mixed with cream of tartar tadi dalam mixing bowl)dengan speed 3 sampai jadi buh2 (macam buih sabun).kalau waktu pukul tu gula still tak smpai suhu 118◦c, perlahankan atau speed ke 1 atau berhenti pukul. Gunakan termometer manisan untuk sukat suhu sirap gula ni. Make sure kena tepat pada suhu 118◦c. Selalunya makan masa 3 minit je nak sampai suhu 118◦c ni. So, kena cepat2 dan cekap lah.. ^_^... dah sampai suhu yang dikehendaki, tutup api dan alihkan sauce pan dari dapur.

5. Ok, after that. mula masukkan sirap gula caster sedikit2 (3 kali masuk). Pelahan-lahan pada TEPI mixing bowl. Sambil pukul pada medium speed. INGAT! Jangan masukkan sekali semua.. mesti sikit2 pada tepi2 dinding mixing bowl..^_^ ok!

6. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk  peak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tak jatuh bila mangkuk diterbalikkan.
7. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk).Kacau secara perlahan dengan rima kuap balik. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.
8. Paipkan adunan pada talam berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm tadi 
Biarkan kering 40minit hingga 1 jam. Make sure tapi2 macaroon dan  permukaan betul2 kering. Kalau xkering nanti xjadi cantik... T_T..


9. Selepas 40minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 120◦c selama 15 minit-20minit (masa pembakaran maybe berbeza sebab bergantung kepada jenis model oven, make sure anda kenal pasti oven anda terlebih dahulu!).  

11. dah masak, cukup time, keluarkan macaroon dari oven,Biarkan macaroon sejuk dan baru asingkan daripada talam. Ok sedia untuk dihiaskan dengan filling kegemaran.

Beta buat macaroong ni beberapa kali dan eksperimen (mcm chemistry plak.. haha..)baru jadi, usaha tangga kejayaan.. jangan putus asa..(exam ke?)huhu...Harap2 resipi beta dan method beta kasi ni cikpuan sekalian paham..huhu... kalau xpaham, sile lah tanye... J  
SELAMAT MENCUBE!!! J
Cawcincau! 

Monday 26 December 2011

Ayam Pangang Madu

amacam? nampak sedap x... hihihi... ni lh ayam pangang madu... sedap... tapi aku buat versi sihat kurang garam.. hehehe...resipi kt bawah yerk... ^_^

 bahan2:
500g ayam.. xkisah lah nak ambil part ape pun.. aku ambil part tulang2..hehe
3sudu sweet hoision sauce
2 sudu kicap pekat
3 sudu madu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh garam halus
bahan kisar:
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia muda

method:
1. basuh ayam bersih2 dengan asam limau untuk buang bau hanyir.
2. bila dah bersih, perapkan ayam dengan semua bahan2 tadi paling minimun 30minit paling lame 1 day.
3. ayam boleh di grill atau di panggang bbq. terpulang pada anda.. hehe...
4. dah masak boleh lah makan..hehehe...
SELAMAT MENCUBE... ^_^

Tuesday 20 December 2011

entah pape tah!

Ya Allah!! budak nih...! xbangun lagi? dah tengaharri... hmm... macam bese r.. bangun tido mesti tgok jam kan..huhu... alah.. baru pkol 8pagi... belum kul 10 lagi..huhu... nak sambung tido macam xselamat je..huhu... so aku updateblog aku..kuikuikui... ermm.. harini nk cite pasal pae yerk? hmm... haaa... baru teringat semalam aku dok mengorek2 internet(boleh ke?) sesuke hati aku..kehkehkeh... aku tengok, kebanyakan bebelog tah sape2 tah yang bangang bobonar letak ads(iklan) tap pape tah kat area artikel yang dorang post.. WTF! baek xpayah tulis artikel... cet... so, kepade sesiape yang terase... sile lah perbaiki page anda yerk..huhu... memang lah lantak aku lah nk buat ape pn ini belog aku! huh! tapi atleast ko xyah lah nk tambah dose orang memaki ko tanpe sedar... ade paham??
CHOW!!!!

Monday 19 December 2011

Laksa Nyonya My Style ^_^

hi, hari ni aku masak menu permintaan wan aku.. dah lama dia dok mintak aku buat, so, today  aku buat lah...hehehe... pagi2 aku dok servey2 resipi kt internet banyak yang tak sama, aku amek ciput2 kt link ni http://www.grouprecipes.com/7109/nonya-laksa.html so aku try and error... the result..... THE BOOM!!! Sedap sgt! wan n atok makan licin... hehehe.... nk tau ape yang aku campak? hehehe

LAKSA NYONYA MELAKA

Bahan2:

1 paket mehun atau mee laksa aku pakai mee laksa
300g udang segar
500ml santan pekat
50g bebola ikan
50gm kek ikan
100g kerang yang telah dcelur dan dibuang kulit  cengkerang
200g sotong segar
200g dada ayam
1 batang timun dihiris2
100g taugeh dibuang ekor dan dicelur
beberapa biji limau kasturi/nipis dibelah dua
2 biji cili merah dihiris
50ml air asam jawa
3 tangkai daun kesum
10g udang kering(rendamkan hingga kembang)
garam gula secukup rasa
bahan2 kisar halus:
1 labu bawang putih
10 biji bawang merah
80g cili giling
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 batang serai
3 ulas buah keras
2 sudu camca belacan

cara2 memasak:

1. celur udang dalam 750ml air hingga separuh masak.
2. kemudian tos udang. kopek kulit udang dan asingkan.
3. boleh rebus dada ayam dalam air rebusan yang sama hingga masak. air rebusan ni digunakan untuk buat stok kuah. tos ayam. biarkan sejuk. bila dah sejuk carik2 isi ayam dan asingkan.
4. panaskan minyak dalam periuk lain. tumis bahan kisar hingga wangi.
5. kemudian, masukan udang kering. tumis lagi 10 minit.
6. kemudian tuangkan stok air rebusan udang ke dalam periuk tumisan. masuk kan daun kesum dan air asam jawa. biarkan mendidih dengan api perlahan.
7. masukkan udang yang telah direbus, sotong yang telah di potong kecil, kek ikan yang telah dihiris, bebola ikan yang telah dibelah dua. biarkan mendidih dan masak hingga bahan2 tadi masak.
8. kemudian, masukkan santan pekat perlahan2 sambil kacau. masukkan garam dan gula secukup rasa. biarkan mendidih dengan api perlahan hingga timbul lapisan merah(minyak). kuah siap!
8. celur mee laksa hingga masak dan toskan.

cara penyediaan: ambil mee sebanyak mana suka kedalam mangkuk. kemudian, letak lah isi ayam, kerang, taugeh, timun, cili hiris, limau nipis kasturi atas mee.o curah kuah dan rencah atas mee... siap tuk dihidang.. ^_^


bile aku makan tadi, aku teringat rase dia same exactly mcm maggi laksa singapore! xcaye, ko beli bende alah tu, ko masak, ko rase... hihihi...
(ehsan dari pakcik google)
ha, ko beli, ko masak ko rase... same x... hihihi...
CHAW CINCAU!!!!
^_^


Sunday 11 December 2011

Asam pedas Ikan Jenahak


Asalamualaikum... hari ni aku rajin sikit nak bangun pagi... hahaha... kalau x, haram... huhuhu... pagi2 lagi aku dah kua dengan atok n wan aku pergi kampung, tengok kebun dan hasil tanaman.. maklumlah.. kebun jauh, buah2 pulak semakin masak.. jadi kene rajin pergi tengok, kalau x, hmm... beruk kepale hitam yang angkut!! so, aku singgah la pasar Johol, mane lah tau kot2 ade ikan baru n best2..hihi... fuuyoo..!! memang rezeki aku kot, ade ikan jenahak dan ikan KERAPU my peberet!!! beli lah sekor ikan jenahak, dan 2 ikan kerapu sederhana saiz... tau x macam ne rupe ikan jenahak? kerapu? 

haaa... ni ikan buruk ni lah ikan kerapu.. kalau masak stim or 3 rase, fuh... licin..hehe
(ehsan dari pakcik google)

ikan jenahak... jangan tersalah cakap ikan merah pulak yerk..huhu
(ehsan dari makcik google)

ok2 sambung balik... hehehe.... pastuh aku beli sekor ayam tuk stok freezer... hehe... 
halloo... i'm Mr Chicken.. nice too meet u..^_^
(ehsan dari Tok google)

sesampai je rumah, aku basuh dan mandikan ikan dan ayam aku beli tadi... sudah berseh aku simpan lah.. xkan masak semua kot!! huhu... pastu ak pun mulekan lah operasi memasak... errkk! lah..h nk masak ape? memandangkan semalam dah masak lau lomak lado api, hari ni aku masak asam pedas lah..hehehe.... 

ASAM PEDAS IKAN JENAHAK STYLE MELAKA... ^_^


Bahan2nye:

Bahan utama:
3 keping ikan jenahak (ikan lain pun boleh)

Bahan kisar:
1/2 bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili giling
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/4 jintan manis
1/4 jintan putih
1/4 lada hitam
1 inci belacan bakar

Bahan tumisan:

1/2 bawang besar (dimayang halus)

1 batang serai di titik
6 biji kacang bendi
1 biji tomato di potong 8
1 tangkai daun kari
3 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan
1/5 halba
1/5 biji sawi
air asam jawa secukupnya
air secukupnya

caranya: 

  1. panaskan minyak secukupnya. tumis bahan kisar dan kacau elak hangus. 
  2. kemudian masukkan bahan tumis. kecuali kacang bendi. tumis hingga naik minyak dan wangi. 
  3. kemudian masukan air asam jawa, air secukupnya dan kacang bendi. biar mendidih. 
  4. kemudian, masukan ikan dan garam secukup rasa. biarkan hingga ikan masak. tutup api.
  5. boleh dihidang dengan nasi panas dan ikan masin goreng..

KACANG PANJANG GORENG TELUR



Bahan:
seikat kacang panjang (suke hati nk potong macam ne)
2 biji telur(pecahkan kuning telur)
1/5 sudu teh serbuk kunyit
bahan dimayang halus:
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah 
1 biji cili merah
garam secukup rasa

caranya:
  1. panaskan minyak
  2. tumis bahan hirisan hingga wangi
  3. kemudian masukkan kacang panjang. goreng sekejap.
  4. kemudian masukan serbuk kunyit. kacau lagi.
  5. kemudian masukan telur. biarkan telur sedikit masak. 
  6. kemudian kacau dan masukkan garam secukup rasa.
  7. boleh dihidang dengan nasi panas.
SELAMAT MENCUBA! ^_^

hmm... dah habis merapu? JOM!! MAKAN!!! hehehe... 
Bon apetite (errkk betul ke? haarrgghh bantai..hehehe)