Thursday 16 February 2012

12 Peraturan Dalam Hubungan

hari ni hari sangat membosankan.. so i bought a magazine.. ladies... so, when i flipping the pages, ada yang menarik... dalam apa sahaja kita lakukan mesti ada peraturan.. rite??! so, in relationship also ada peraturan.. here i want to share it with all of you...



1 HANYA BERDUA BUKAN BERTIGA
   sangat mudah faham kan.. hanya berdua.. orang ketiga biasanya akan merosakkan sebuah perhubungan. dan ini sangat berkaitan dengan KEJUJURAN. lumrah manusia, kalau kita jujur, si dia pasti akan jujur dengan anda.

2 JANGAN ROSAKKAN SEBUAH PERSAHABATAN
   Adakala pasangan anda sukar menerima sebuah persahabatan yang telah lama anda jalinkan bersama sahabat berlawanan jantina anda. mereka akan mula berasa curiga, cemburu dan andaian bukan-bukan akan mucul. wrong moves make a chaos.. hmm...

3 JANGAN TERLALU SELESA
   ramai orang suka zon selesa dan yakin pasangan anda akan setia dan takkan berpaling pada orang lain. selalu ingatkan pasangan atau mengikrarkan kata-kata cinta kepadanya setiap masa. cinta berkaitan dengan hati, perasaan, so, kata-kata yang meyakinkan cinta anda sangat perlu ok... selalu luahkan.

4 JANGAN MEMBANDINGKAN
   resam dalam perhubungan mesti ada yang membandingkan pasangan sekarang dengan yang dulu. JANGAN!!! sebaiknya, andan bandingkan dengan masa hadapan. jangan sesekali menoleh kebelakang.. ok.. ini bukan sejarah..

5 HANYA ANDA BOLEH MENGAWALNYA
   love makes everything perfect.. so, hanya anda yang boleh mengubah pasangan anda dari buruk ke baik dan sebagainya..

6 JANGAN MEMAKSA
   sesetengah orang beranggapan kekasih adalah hak mutlak.. NO! janga suka memaksa, hormati dia.. ok.. ^_-

7 JANGAN MUDAH MENYEBUT I LOVE YOU
   sebut memang mudah tapi nak melaksanakan susah. jangan mudah menyebut kalau anda tidak bersedia untuk berkorban segalanyadan memikul semua tanggungjawab itu ok!

8 PUTUS DAN JANGAN MENIPU
   jika nada sudah bosan dengan pasangan anda, berterus terang. beritahu secara jujur. janga sesekali menipu dan membiarkan si dia menjadi mangsa kekejaman anda. cuba selesaikan dan bawak berbincang. jika masih tidak boleh diperbaiki, pergi dan jangan memberi harapan. kerana sekelumit harapan akan membuka kembali ruang bersamanya tanpa da perasaan cinta.

9 USAHA
   realitinya ramai mudah putus asa dalam meneruskan perhubungan tambahan jika mengetahui pasangan anda curang. sebaiknya sebelum perkara menjadi parah, berusahalah memperbaiki hubungan. sebelum anda mengeluarkan kata-kata, berfikir dulu dan dengan apa pasangan anda hendak sampaikan.

10 PERLU BERKORBAN
    apabila nada bersedia menjalinkan hubungan, bermaksud anda bersedia untuk berkorban. bila tiba saat si dia memerlukan pertolongan, bantulah dia. jangan biarkan. takut akan mucul orang lain untuk merampas si dia dari anda

11 JANGAN CERITA KISAH PERIBADI
     jagn menceritakan kisah peribadia nada dlaam pertemuan pertama. kerana ini boleh membuatkan si dia bosan dan hubungan ini tidak dapat diteruskan.

12 JANGAN ROSAKKAN KEBAHAGIAAN DI AWAL PERHUBUNGAN
     pada peringkat awal, anda perlu bersedia. persediaan ini termasuk mental dan fizikal agar anda dapat melewati perhubungan ini dengan lebih serius dan bermakna...

p/s: moral of the story, be urself, don't ever lie to ur love, and be loyal and love eternally.. the end.. 

Friday 27 January 2012

masker,mask, facial mask, face patches, organic mask, organic scrubs...


hurm...hurm... hi... sape suke kulit muka dia cantik bersih licin tanpa jerawat? saya!!! well... sekarang ni wanita a.k.a gadis dan ladies seantero dunia akan rasa yakin bila dia cantik dan berseri2... so aku ni suke dengan benda2 chenggini... essence mask a.k.a mask muka... hehehe.... korang tengok cite korea? tipu lah kalau xtengok..kuikui... dalam drama mesti ada dorang baring santai2 berdua bertiga sambil pakai mask ni kan..hehehe... actually kalau korang nak tau, ini salah satu therapy wajah... hehe...
tapi before pakai korang kena tahu kulit korang ni sensitf or x, kene hati2 takot bahan2 yang terkandung dalam essence mask ni ada yang korang allergic...xpasal2 aku kene sama sebab promote bende alah nih..huhu...
aku suke pakai product water base sebab xberminyak dan bagus tuk kesihatan.... macam nutox, purederm, clinelle... tapi ikut kemampuan lah...
kalau agak2 time tu tengak kering kontang tahap gaban, korang guna pure organic tanpa pencemaran lah.. actually bile time aku malas nak pergi beli mask ni kat watson, aku buat sendiri... ni aku share dengan korang organic masker ape yang aku penah buat sendiri kat muke dan badan aku... hehe

1. Telur - ambil putih telur sahaja. sapu pada muka yang sudah basuh bersih. biarkan kering sampai putih telur tu jadi lapisa macam plastik kat muke korang. pastu bilas dengan air suam... putih telur ni bertindak sebagai protein yang mengembalikan kesegaran wajah dan buang sel2 yang mati kat muke... kuning telur bertindak sebagai moisturizer, cara nya, korang tenyeh kunin telur kt muke, biar samapi kering, pastu bilas dengan air suam... nanti kulit muke korang jadi licin dan berseri2... kalau alergic jangan sesekali cuba yerk!!

2. Timun - korang blend timun dengan sikit je air biar jadi paste pstu korang tenyekh kat muke... biar kering... xpun potong timun nipis2 pastu tampal kat muka... ade extra makan...hehehe... nanti dia akan hilangkan tanda kusam kat muka... trust me.. hehehe...

3. Tomato -   kulit dia korang makan pastu bahagian tengah2 yang lembut n biji2 tu korang tenyeh kat muke, biar sampai kering, pastu bilas dengan air bersih or air suam2 kuku... hehehe... nanti muke jadi lembut n sel kulit mati tanggal... bagus sgt tuk kulit yerk... xpun korang buat jus, minum.. yum2..

4. Tembikai - apa yang banyak dalam tembikai? mesti lah air, sumber hidarat... so, kalau xmakan, korang tenyeh kulit tembikai yang korang potong tu kat muke, pastu biar kering... dah kering bilas lah..heheh...

5. Scrub muka - campur 1 sudu gula psir, madu 1 sudu pastu olive oil 1 sudu, kacau2 pastu sapu kat muka.. gosok2 lembut.. dama 2-3minit, bilas muka dengan air suam...nanti muka jadi licin dan segar...

6. Scrub badan - pakai kelapa parut atau hampas kelapa... campur lah sikit dengan aroma therapy oil kalau ada..hehee... tenyeh2 kat badan... pastu mandi macam biasa... confirm pastu body extra moist!!!

7. Daun lidah buaya - dulu kat rumah ni ada pokok ni, tapi skarnag xde, so, kalau ada, patahkan daun tu sikit, ambil lendir dia sapu kat muka, biar kerin... dah kering bilas dengan air suam..hehehe

8. limau nipis atau kasturi - korang potong limau dalam 2-3 biji, potong2 la.. pastu time mandi tenyeh2 kat badan dan celah2 yang korang nak... boleh cerah kan kulit dan badan bau wangi... hhehehe...

hehehe... so far itu je yang aku amal kan selama ini.. so, jika anda ingin mencuba, silakan... tapi kalau ada allergic, jangan tau!!! hehehe...

Tuesday 3 January 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

Aduhai... rajin pulok ak today...kehkeh... hmm... ni satu lagi, tah bile tah beta dapat email dari sorang member nih... dia ade foward kan makanan kegemaran rasulullah s.a.w... aku xtau lah betul ke tak tapi so far, semua nya baik2 dan terbukti bagus.... hehehe... ape lagi... xyah nak membebel je lagi.. post lah..huhuhu... ok2...


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.

 ... 3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati..

uih.... baru chek tau... huhuh... lepaih ni buleh la amalkan..hehehee... 
baguih na info info ni..hihi....

bubye... 
cawcincau...^_^

Monday 2 January 2012

kenape orang suke n nak sangat3 kurus?

haiseh men... apepasal skang ni aku asyik2 kurus3... xde tajuk majuk lain ke? huhuhu... xde lh... ni kire pembakar semangat aku n my lovely mommy nk kuwus r nieh... dh2 bace je... xmo bace dengar lagu... xmo dengar? ske hati ko leh.... hehehe

1. sebab sihat
2. sebab cantik
3. tiada masalah nak cari baju...
4. badan tak berbau sebab peluh celah....errkk...(paham2 sendiri lah yerk)
5. jantung lebih sihat
6. mengurangkan risiko radang sendi
7. aliran darah lebih lancar voom3!!!
8. hormon lebih stabil...
9. lebih bertenaga!!!
10.mengelakkan jadi pelupa
11. mengurangkan risiko mendapat kanser...huhuhu....
12. lu pikir laahh sendiri... hahahaa

caw cincau...^_^
Mengurangkan risiko radang sendi lutut.

7. Sistem pernafasan menjadi lebih baik.
8. Aliran darah menjadi lebih lancar.
9. Fungsi hormon menjadi lebih lancar.


Read more: http://tanyalelaki.com/9-alasan-kenapa-langsing-itu-seronok/#ixzz1iNbTiguX

eri kesan positif kepada kesihatan otak sekaligus mengelakkan seseorang itu menjadi pelupa.


2. Membantu menurunkan risiko kanser.
3. Lebih bertenaga.
Maxis Offer Broadband Laju <--Dapatkan sebelum terlambat
Gadjet Percuma <--Dapatkan Sekarang
4. Jantung lebih sihat.
5. Tiada masalah lagi untuk mencari saiz pakaian.
6. Mengurangkan risiko radang sendi lutut.
7. Sistem pernafasan menjadi lebih baik.
8. Aliran darah menjadi lebih lancar.
9. Fungsi hormon menjadi lebih lancar.


Read more: http://tanyalelaki.com/9-alasan-kenapa-langsing-itu-seronok/#ixzz1iNb2IMeZ


1. Memberi kesan positif kepada kesihatan otak sekaligus mengelakkan seseorang itu menjadi pelupa.
2. Membantu menurunkan risiko kanser.
3. Lebih bertenaga.
Maxis Offer Broadband Laju <--Dapatkan sebelum terlambat
Gadjet Percuma <--Dapatkan Sekarang
4. Jantung lebih sihat.
5. Tiada masalah lagi untuk mencari saiz pakaian.
6. Mengurangkan risiko radang sendi lutut.
7. Sistem pernafasan menjadi lebih baik.
8. Aliran darah menjadi lebih lancar.
9. Fungsi hormon menjadi lebih lancar.


Read more: http://tanyalelaki.com/9-alasan-kenapa-langsing-itu-seronok/#ixzz1iNb2IMeZ

8 Makanan untuk Membuang Toksin dan Menurunkan Berat Badan!!!

1. Berries!!!Buah-buahan jenis beri kaya dengan karotena dan vitamin C ni bagus sangat. Kedua-dua bahan tersebut ialah unsur antioksida yang paling baik.. Selain itu, kalium terdapat dalam buah berries ni juga boleh mengurangkan kepekatan kolesterol darah dan mengurangkan kemungkinan menghidap tekanan darah tinggi....

2. Bawang putih??!!! eee... busuk lah...hmm... peringatan, jangan menjauhi bawang putih hanya kerana baunya. Ia bukan sahaja mempunyai fungsi antioksida, malah juga boleh menggalakkan edaran darah, mempercepat fungsi metabolisme, membantu kita menurunkan berat badan dan membuang bahan toksin dari badan. Unsur sulfid yang menghalang pengoksidaan bukan sahaja mengurangkan kolesterol secara berkesan, malah juga boleh mencegah tekanan darah tinggi!!! serta penyakit dalam sistem saluran darah jantung. Minum segelas susu selepas makan bawang putih dapat menghilangkan baunya.

3. Ikan Salmon... yum3!! ^^siapa suka salmon? saya!!! ok, Ikan Salmon merupakan satu-satunya makanan berupa daging yang dipilih sebagai makanan yang paling berkesan menghalang pengoksidaan oleh majalah "Times"(wow!!!)... Ikan Salmon yang sedap rasanya ni mempunyai Omega-3, asid pelbagai tak tepu yang berfungsi menghalang pengoksidaan dengan kuat. Ikan Salmon yang hidup liar jauh lebih kuat baik khasiatnya daripada berbanding dengan ikan yang dipelihara. so, apeclagi? makan lah sushi salmon..hehehe

4. Green tea.. haa.. yang ni ramai dah tahu kan..hehehe...green tea atan teh hijau bersifat antioksida bukan sahaja mengurangkan banyak lemak dalam badan kita, malah juga berfungsi menyegarkan. Jadi, anda boleh terus menerus minum teh hijau ini untuk menghalang pengoksidaan dan menurunkan berat badan. ^_^

5. tomato... hehehe... Tomato merupakan sejenis sayur yang paling berkesan menghalang pengoksidaan. Kerana ia mengandungi banyak lycopene. Keupayaan lycopene menghalang pengoksidaan 20 kali ganda daripada vitamin C.

6. grape atau anggurrr.... Keupayaan biji anggur menghalang pengoksidaan juga 20 kali ganda!!!! berbanding vitamin C dan 50 kali ganda berbanding vitamin E. boleh elak kedutan muke juga!!!

7. Kekacang atau nuts..?? Kekacang, seperti walnut, biji gajus, kacang hazel dan kacang tanah yang mengandungi vitamin E bukan sahaja berfungsi menghalang pengoksidaan, malah membantu menjaga sel-sel kulit badan kita. Namun begitu, kekacang mengandungi banyak lemak, .maka, ia tidak dimakan terlalu banyak setiap kali. Tapi disini saya nasihatkan makan lah almond sebab ianya kurang minyak... :) 



8. broccoli... ramai yang tak tahu khasiat broccoli... Broccoli atau Kubis bunga bukan sahaja mengandungi banyak vitamin A dan C, malah juga mempunyai semua jenis bahan yang menghalang pengoksidaan. Ia digelar sayur "bintang antikanser"... bagus2...




gambo2 diatas hasil ikhsan dari kaum kerabat google.. huhuhu... mekaceh yer.. hhihi..^_^

Sunday 1 January 2012

Nutox!!!!

hmm.. rindu dengan kulit ku sewaktu study dulu..huhu.... tiada cacat cela....huhu... tu yang my love bising2... ape nih... xjage kulit... so, i ambil initiative untuk kembalikan keceriaan dan kesegaran muka tanpa pegi spa or facial(selagi belum bekerja officially nih..huhu) so, i've decide to wear this... NUTOX!!! daari apa yang i tengok dari kengkawan pakai, so far skin dorang semakin cantik, halus dan tiada cacat cela... i sebenarnya dah survey banyak produk.... bila my lovely bestfriend pakai, dia cakap ok sangat!!! so, i'll try it bebeh..hehehe....

sekarang tengah sale... so, i ajak my mum and brothers pegi shooping lah..hehehe.... (spend time sebab my brothers cuti study..^_^)... sesampai je kat kat tesco seremban jaya i pun melilau cari nutox nih..huhu... finally!!! i see you...(macam dialog citer avatar pulak ...:P) hehe... sale 20%!!!?!! ape lagi, aku pun beli lah... pilih punye pilih ni je yang termampu beli... nasib xribu riban... huhu... hope muka ku akan kembali seperti sebelum ini... hope so.... so far dah seminggu aku menjadi penguna produk nutox nih... ok lah.. kulit jadi lembut... pastu rase segar.. hehe... produk ni berasaskan birdnest collagen... maybe tu yang bagus tu...(mahal juga!!!) huhu... nanti bile dah berduit sdn bhd, aku akan complete kan produk nih..hehehe.... like sesangat lah..hehee... nak tahu lebih lanjut pasal produk nih? klik HERE.... Bubye bebeh... ^_^

chocolate meringue with chocolate raspberry filling

hallo... harini xberape sihat... flu je memanjang... huhu... malam2 pulak asma.. haih.... sengsara tul sakit nih..huhu... tp nk wt mcm ne... dh dugaan... trime je... ^_^  haritu buat macaroon habis kazen mazen aku tale.. huhu... so, disebabkantekak ni tringin sgt nk mkn macaroon, aku pun buat lah... dok pikiaq2 macaroon ape nk buat...hmm... banyak choice... last aku ni kan chocoholic skarang... so aku pun buat lah chocolate macaroon.. filling chocolate hazel with raspberry... pelik kan.. huhu... resipi dia same je dengan macaroon before ni cuma aku tambah choco powder 2 sudu dalam dry ingredient. gantikan pewarna dengan choco powder tu..hehehe... 

Filling: 

Nutella(chocolate+hazelnuts) + raspberry jam... senangkan..hehehe... trick ya!! hehehehe.... xde mase nk buat2 filling nih.... anti bile sihat aku buat..hehehe... ni pun ade yang dok oder nak macaroon... dah master macaroon n meringue ni aku nk master pastries lain pulak... hehehe... buleh bukak business... biscuit2 dah teror dh...ahaha(amboi cakap besar nampak!!!!)

50 g atau 1 ½ biji putih telur 
125 g icing sugar
125 g almond meal
2 sudu makan cocoa powder 
Ingredient 2:
50 g atau 1 ½ biji putih telur 
125 g castor sugar 
34 g air
secubit cream of tartar 

method bace kat50 g atau 1 ½ biji putih telur 
125 g icing sugar
125 g almond meal
Secubit serbuk pewarna (ikut suka nak pekat letak lebih ^_^)

Ingredient 2:
50 g atau 1 ½ biji putih telur 
125 g castor sugar 
34 g air
secubit cream of tartar SINI yerk... xlarat nk type banyak2... pewarna tukar kepada cocoa powder je ok.. yang lain2 same je ok dear olz... 











good luck my dear...^_^

Saturday 31 December 2011

Doa Qunut Dalam Solat Subuh

suatu hari ni sayaaku buka MukaBuku. jadi aku terbaca satu status dari 1 person ni. dia mention ni... pelbagai komen dari viewer... jadi, saya sebagai orang islam, nak berkongsi ilmu info yang berkaitan.... sekira ada kesalahan, diminta komen dan beri pandangan...  ^_^... 

Nabi Muhammad (saw) berkata: "Ballighu 'Annīwalau ayah .." (بلغوا عني ولو آية) yang bermaksud: menyampaikan dari saya walaupun sepotong ayat. Hadis ini sahih, diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibn 'Amr(Hadis no 2838....)




dr muka buku
jadi ini penjelasan dari ustaz... sila baca dan fahami... jangan nak menunding jari dan memalukan diri dan agama serta bangsa.... ingat, islam itu indah... ^_^ ikut apa yang disuruh,tinggal apa yang dilarang.... tunaikan kewajipan... :)


 Di dalam mazhab Syafie qunut bukanlah rukun bagi solat tetapi sunat mua'kad.
Doa qunut ada tiga jenis. Pertama ialah doa Qunut Nazilah, iaitu doa yang dibacakan setelah ruku' (i'tidal) pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunnah haiat (kalau lupa tertingal tidak disunatkan bersujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (mushibah) yang menimpa, seperti serangan rejim zionis ke atas gaza baru-baru ni, bencana alam, penyakit pendamic, dan lainnya.

Qunut Nazilah ini mencontohi Rasulullah SAW Yang memanjatkan doa Qunut Nazilah selama satu bulan atas mushibah terbunuhnya qurra' (para sahabat Nabi SAW yang hafal al Qur'an) di sumur Ma'unah. Juga diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. bahwa "Rasulullah SAW kalau hendak mendoakan untuk kebaikan seseorang atau doa atas kejahatan seseorang, maka baginda baca doa qunut setelah ruku' " (HR. Bukhori dan Ahmad).

Kedua, qunut solat witir. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah (hanafiyah) qunut witir dilakukan dirakaat yang ketiga sebelum ruku' pada setiap solat sunnah. Menurut pengikut Imam Ahmad bin Hambal (hanabilah) qunut witir dilakukan setelah ruku'. Menurut Pengikut Imam Syafi' (syafi'iyyah) qunut witir dilakukan pada akhir shalat witir setelah ruku' pada separuh kedua bulan Ramadhan. Akan tetapi menurut pengikut Imam Malik qunut witir tidak disunnahkan.

Ketiga, doa qunut pada raka'at kedua solat Subuh. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad doa qunut solat Subuh hukumnya tidak disunnahkan kerana hadis Nabi SAW bahawa ia pernah melakukan doa qunut pada saat solat Fajar selama sebulan telah dihapus (mansuh) dengan ijma' sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud:

"Diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud: Bahawa Nabi SAW telah melakukan doa qunut selama satu bulan untuk mendoakan atas orang-orang Arab yang masih hidup, kemudian Nabi SAW meninggalkannya."
 (HR. Muslim)

Menurut pengikut Imam Malik
(Malikiyyah) doa qunut solat Subuh hukumnya sunnah tetapi disyaratkan pelahan saja (sirr). Begitu juga menurut Syafi'iyyah hukumnya sunnah ab'ad (kalau lupa tertinggal disunatkan sujud sahwi) dilakukan pada raka'at yang kedua shalat Shubuh. Sebab Rasulullah SAW ketika mengangkat kepala dari ruku' (iktidal) pada rakaat kedua shalat Shubuh beliau membaca qunut. Dan demikian itu "Rasulullah SAW lakukan sampai meninggal dunia (wafat)". (HR. Ahmad dan Abd Raziq) Imam Nawawi menerangkan dalam kitab Majmu'nya:

Dalam Madzhab kita (madzhab Syafi') disunnahkan membaca qunut dalam shalat Shubuh, baik kerana ada mushibah maupun tidak. Inilah pendapat majoriti ulama' salaf'
. (al-Majmu', juz 1 : 504)

Pendapat tentang bagaimana dua hadits tentang doa qunut pada sola
t Subuh yang tampak tidak sejalan. Cara kompromi untuk mendapat kesimpulan hukum (thariqatu al-jam'i wa al-taufiiq) dapat diuraikan, bahwa hadits Abu Mas'ud (dalil pendapat Hanafiyyah dan Hanabilah) menegaskan bahwa Nabi SAW telah melakukan qunut selama sebulan lalu meninggalkannya tidak secara tegas bahwa hadits tersebut melarang qunut solat Subuh setelah itu. Hanya menurut interpretasi ulama yang menyimpulkan bahwa qunut solat Subuh dihapus (mansukh) dan tidak perlu diamalkan oleh umat Muhammad SAW. Sedangkan hadits Anas bin Malik (dalil pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah) menjelaskan bahwa Nabi SAW melakukan qunut solat Subuh dan terus melakukannya sampai baginda wafat.

Kesimpulannya, ketika interpretasi sebahagian ulama bertentangan dengan pendapat ulama lainnya dan makna teks tersurat (dzahirun nashs) hadits, maka yang ditetapkan (taqrir) adalah hukum yang sesuai dengan pendapat ulama yang berdasarkan teks tersurat hadis shahih. Jadi, hukum doa qunut pada solat Subuh adalah sunnah ab'adl, yakni ibadah sunnah yang jika lupa tertinggal mengerjakannya disunatkan melakukan sujud sahwi setelah duduk dan membaca tahiyat akhir sebelum salam.

 Tertinggal rukun wajib dalam sembahyang tidak memadai ditampung dengan sujud sahwi sahaja, wajib kita ulangi atau kembali dari tempat terlupa tadi dan disunatkan sujud sahwi sebelum salam.
 

Wallahu a'lam bi -shawab.

home made macaroon.. ^_^



Bonjour! comment voulez-vous faire ?hihi… cakap perancis lak pepagi buto ni kan…hihi… Assalamualaikum...today memandangkan ramai meminta resipi homemade macaroon selama ni, jadi beta telah ambil keputusan untuk share dengan semua^_^... tapi dengan syarat, usaha tangga kejayaan... benda ni perlu betul teknik dan sukatan. kalau x...hmm... xjadi lah gamak nyer..kihkihkih... before ke resipi,beta nk share dengan rakayt jelata..hehehe.. semua tips2 nak jadikan macaroon or meringue menjadi (errk! paham x ayat aku?)... hehehe...

Tips2:

1. Pastikan spatula, whisk dan bekas2/peralatan yang digunakan bebas dari minyak & air.

2. Masa nak asingkan putih telur & kuning telur pastikan kuning telur x masuk skali.. walaupun sikit.. Cara senang nk asingkan, sejukkan telur dalam peti sejuk 1 malam baru asingkan…tp lepas asing tu make sure letak dia dlm suhu bilik (paling minimum 1 jam paling maximum yang aku tau dari chef2 internet ni 3 hari!!! Sanggup letak 3 hari? Beta letak 6 jam je..) sebelum buat macaroon.

3. Persekitaran yg kering dan panas pun penting bila nk buat macaroon..sbb macaroon ni perlukan udara panas utk tujuan pengeringan. kalau hujan udara lembap dan ambil masa untuk macaroon kering maybe lebih dr sejam dua (ada yang cakap time winter 4 jam!.. Errk! Betui ka?)..so sbb tu ada tips cara keringkn pki oven tu..
4. Masa proses macaronage iaitu proses mengacau putih telur & serbuk badam nanti, jangan over do, sebab nanti macaroon akan pecah@retak seribu...T_T
5. Tips ni pun penting, pastikan macaron betul2 kering, (bile tekan dengan jari, dia x melekat dijari). Leastu bukan permukaan sahaja kering, tepi2 macaroon pn kene kering... kalau x, kaki dia xmo kua.. huhu... kalau tak kering, macaroon yg dibakar akan menjadi gunung berapi meletus.. uhuhu...(mesti korang nages nanti.. T_T)
6. Sila timbang dengan betul, sedikit@banyak, sukatan salah, macaroon xjadi... paling penting putih telur.. hmm...
7. Masa membakar, gunakan api atas bawah. selama aku bertapa macaroon sdn bhd nih, aku perhatikan kebanyakan chef2 bakar macaroon 1 tray at a time.. dan make sure macaroon kene jarak2 time bakar..
8. Gunakan pewarna serbuk/gel SAHAJA. Jangan gunakan pewarna berasaskan minyak sebab macaroon amat sensitive dengan minyak dan air! Juga jangan gunakan pewarna cecair biasa..kerana ia akan mengubah kecairan macaroon... faham x? huhhuhu...
9. Org ckp macaroons manis sgt..tapi if nk buat kurang manis.. nanti xmenjadi... luarannya,xjadi mcm licin n  xcantik.. n bahagian luar xkeras ..bile buat manis.. barula jadi keras kt luar n berkilat(shining sparkle gitu... hehehe!).. n..kalau buat meringue, guna gula y pekat mcm madu (Italian method)..akan jd lg cantik n licin..
10. Selalu macaroong ni mkn bersama coffee barulah balance.. huhuhu... so, jangan nak berangan makan macaroon dengan coke! huhu... kencing manis hamba xtulun..huhuhu....
11. Selepas pipping atas baking sheet, ketuk2(bukan ketuk pintu yerk.. tap je..) permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macaroon. Silicone mat@silpat dapat mengelakkan macaroon daripada melekat. Ianya juga lebih jimat berbanding menggunakan baking sheet.
12. kalau tapak macaroon masih melekat, bermakna macaroon belum masak sepenuhnya. So, masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi..alert! jgn terlalu lama, nanti hangusz.. ^_^
13. Buat macaroon perlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah boleh pengaruhi macaroon cikpuan sekelian.. xcukup masak-macaroon susah nak tanggal, suhu panas sangat-macaroon pecah, ter'overdo'- macaroon jadi gunung berapi...

ok2 dah puas beta membebel pasal tips2 macaroon or meringue kan.. so, resipit time... hehee... Ok,Resipi Macaroon:
Ingredient 1:

50 g atau 1 ½ biji putih telur 
125 g icing sugar
125 g almond meal
Secubit serbuk pewarna (ikut suka nak pekat letak lebih ^_^)

Ingredient 2:
50 g atau 1 ½ biji putih telur 
125 g castor sugar 
34 g air
secubit cream of tartar 
P/s: telur tu cikpuan sekelian gune 3 large egg white yerk lepastu bahagi je dua mangkuk.. ^_^


Filling: beta guna nutella je sebab xsempai nak buat filling... ^_^
ok, method nak buat macaroon:
1. mula2 ayak gula icing dan serbuk badam bersama. kalau serbuk almond tu kasar sangat, blend dulu baru ayak. Ketepikan. lukiskan bentuk bulat berukuran 3.5-4cm kelebaran pada bakin paper sheet. jarak pula antara bulatan is 2.5cm..

2. Kemudian asingkan putih telur kepada dua bahagian. 50g masukkan kedalam adunan kering TANPA kacau. masukkan je dan masukkan pewarna.

3. kemudian masukkan telur selebihnya dalam mixing bowl yang dah complete dengan pemukul. masukan secubit cream of tartar pukul pada speed 1 sehingga ada buih2. lepas tu berhenti pukul biarkan.

4. ok, kemudian masukkan air dalam sauce pan dan gula castor. jerang atas api perlahan dan biarkan mendidih. Peringatan TIDAK PERLU kacau. Biarkan mendidih. Ok, bila gula dah start mendidih(ada buble2 kecik2 timbul tue..), start pukul telur putih tadi(yang mixed with cream of tartar tadi dalam mixing bowl)dengan speed 3 sampai jadi buh2 (macam buih sabun).kalau waktu pukul tu gula still tak smpai suhu 118◦c, perlahankan atau speed ke 1 atau berhenti pukul. Gunakan termometer manisan untuk sukat suhu sirap gula ni. Make sure kena tepat pada suhu 118◦c. Selalunya makan masa 3 minit je nak sampai suhu 118◦c ni. So, kena cepat2 dan cekap lah.. ^_^... dah sampai suhu yang dikehendaki, tutup api dan alihkan sauce pan dari dapur.

5. Ok, after that. mula masukkan sirap gula caster sedikit2 (3 kali masuk). Pelahan-lahan pada TEPI mixing bowl. Sambil pukul pada medium speed. INGAT! Jangan masukkan sekali semua.. mesti sikit2 pada tepi2 dinding mixing bowl..^_^ ok!

6. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk  peak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tak jatuh bila mangkuk diterbalikkan.
7. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk).Kacau secara perlahan dengan rima kuap balik. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.
8. Paipkan adunan pada talam berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm tadi 
Biarkan kering 40minit hingga 1 jam. Make sure tapi2 macaroon dan  permukaan betul2 kering. Kalau xkering nanti xjadi cantik... T_T..


9. Selepas 40minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 120◦c selama 15 minit-20minit (masa pembakaran maybe berbeza sebab bergantung kepada jenis model oven, make sure anda kenal pasti oven anda terlebih dahulu!).  

11. dah masak, cukup time, keluarkan macaroon dari oven,Biarkan macaroon sejuk dan baru asingkan daripada talam. Ok sedia untuk dihiaskan dengan filling kegemaran.

Beta buat macaroong ni beberapa kali dan eksperimen (mcm chemistry plak.. haha..)baru jadi, usaha tangga kejayaan.. jangan putus asa..(exam ke?)huhu...Harap2 resipi beta dan method beta kasi ni cikpuan sekalian paham..huhu... kalau xpaham, sile lah tanye... J  
SELAMAT MENCUBE!!! J
Cawcincau!