Monday 2 January 2012

8 Makanan untuk Membuang Toksin dan Menurunkan Berat Badan!!!

1. Berries!!!Buah-buahan jenis beri kaya dengan karotena dan vitamin C ni bagus sangat. Kedua-dua bahan tersebut ialah unsur antioksida yang paling baik.. Selain itu, kalium terdapat dalam buah berries ni juga boleh mengurangkan kepekatan kolesterol darah dan mengurangkan kemungkinan menghidap tekanan darah tinggi....

2. Bawang putih??!!! eee... busuk lah...hmm... peringatan, jangan menjauhi bawang putih hanya kerana baunya. Ia bukan sahaja mempunyai fungsi antioksida, malah juga boleh menggalakkan edaran darah, mempercepat fungsi metabolisme, membantu kita menurunkan berat badan dan membuang bahan toksin dari badan. Unsur sulfid yang menghalang pengoksidaan bukan sahaja mengurangkan kolesterol secara berkesan, malah juga boleh mencegah tekanan darah tinggi!!! serta penyakit dalam sistem saluran darah jantung. Minum segelas susu selepas makan bawang putih dapat menghilangkan baunya.

3. Ikan Salmon... yum3!! ^^siapa suka salmon? saya!!! ok, Ikan Salmon merupakan satu-satunya makanan berupa daging yang dipilih sebagai makanan yang paling berkesan menghalang pengoksidaan oleh majalah "Times"(wow!!!)... Ikan Salmon yang sedap rasanya ni mempunyai Omega-3, asid pelbagai tak tepu yang berfungsi menghalang pengoksidaan dengan kuat. Ikan Salmon yang hidup liar jauh lebih kuat baik khasiatnya daripada berbanding dengan ikan yang dipelihara. so, apeclagi? makan lah sushi salmon..hehehe

4. Green tea.. haa.. yang ni ramai dah tahu kan..hehehe...green tea atan teh hijau bersifat antioksida bukan sahaja mengurangkan banyak lemak dalam badan kita, malah juga berfungsi menyegarkan. Jadi, anda boleh terus menerus minum teh hijau ini untuk menghalang pengoksidaan dan menurunkan berat badan. ^_^

5. tomato... hehehe... Tomato merupakan sejenis sayur yang paling berkesan menghalang pengoksidaan. Kerana ia mengandungi banyak lycopene. Keupayaan lycopene menghalang pengoksidaan 20 kali ganda daripada vitamin C.

6. grape atau anggurrr.... Keupayaan biji anggur menghalang pengoksidaan juga 20 kali ganda!!!! berbanding vitamin C dan 50 kali ganda berbanding vitamin E. boleh elak kedutan muke juga!!!

7. Kekacang atau nuts..?? Kekacang, seperti walnut, biji gajus, kacang hazel dan kacang tanah yang mengandungi vitamin E bukan sahaja berfungsi menghalang pengoksidaan, malah membantu menjaga sel-sel kulit badan kita. Namun begitu, kekacang mengandungi banyak lemak, .maka, ia tidak dimakan terlalu banyak setiap kali. Tapi disini saya nasihatkan makan lah almond sebab ianya kurang minyak... :) 



8. broccoli... ramai yang tak tahu khasiat broccoli... Broccoli atau Kubis bunga bukan sahaja mengandungi banyak vitamin A dan C, malah juga mempunyai semua jenis bahan yang menghalang pengoksidaan. Ia digelar sayur "bintang antikanser"... bagus2...




gambo2 diatas hasil ikhsan dari kaum kerabat google.. huhuhu... mekaceh yer.. hhihi..^_^

2 comments: