Sunday 22 May 2011

Katakan Tak Nak Pada Rokok!!!!!



KANDUNGAN BAHAN KIMIA DALAM ASAP ROKOK!!!!
ASAP MAUT!!!!!!!!!
Setiap batang rokok yang dihisap mengandungi racut yang amat bahaya!


SIAPAKAH PEROKOK PASIF?
mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu (WHO)
APA ITU ASAP ROKOK PASIF?
Gabungan asap rokok aliran sisi bahagian yang menyala dan asap rokok aliran utama yang dihembus keluar perokok.
KESAN ASAP ROKOK PADA PEROKOK PASIF!!!!!
perokok pasif mempunyai risiko:
- 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru
- 25% lebih tinggi mendapat penyakit jantung

perokok pasif berisiko mendapat kesan-kesan negatif:
BATUK-BATUK
PEDIH MATA
LOYA
PENING KEPALA

SEMUA INI MENJEJASKAN KESIHATAN DAN PRESTASI KERJA ANDA. OLEH ITU, HINDARILAH DIRI ANDA DARI ASAP ROKOK. SUARAKAN HAK ANDA UNTUK MENIKMATI UDARA SERGAR DAN BERSIH DARI ASAP ROKOK.. :)

BERHENTI MEROKOK TINDAKAN BIJAK LAGI MENGUNTUNGKAN :)


SEBAB2 KENAPA PENTING UNTUK BERHENTI MEROKOK?!!
~Menghindari racun asap rokok
~menurunkan risiko penyakit kritikal
~memulihakn kesuburan
~memulikan masalah mati pucuk yang dialami
~memulihkan stamina yang terjejas
~menigkatkan deria bau dan derai rasa
~kulit lebih sihat
~meningkatkan kecergasan
~nafas segar
~gigi lebih putih
~menjadi lebih sihat
~melindingi orang lain dan yang tersayang
~menjimatkan wang
~suasa lebih selesa dan bebas dari asap rokok

apakah perubahan yang berlaku bila anda berhanti merokok?
SELEPAS....
2jam- sisitem peredaran darah bersih dari nikotin
6jam- nadi mejadi normal tekanan darah akan turun
24jam- gas beracun (karbon monoksida)akan lenyap dari badanoksigen lebih banyak diserap oleh sel tubuh
2hari- deria rasa dan derai bau akan lebih baik
beberapa minggu- silia dalam saluran pernafasan yang berfungis membersihkan bahan kotoran seperti habuk pulih
2bulan- peredaran darah keseluruh tubuh seperti jari dan kaki lebih efisyen
3bulan- menjadi lebih subur
5tahun- risiko medapat serangan jantung berkurangan hampir 50% berbanding perokok
10tahun- risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan hampir 50% berbanding seorang perokok. sementara itu, risiko mendapat serangan jantung adalah sama seperti orang yang tidak pernah merokok
15 hingga 20 tahun- risiko mendapat kanser peparu adalah sama seperti orang yang tidak pernah merokok.


MEROKOK PUNCA PENYAKIT BERBAHAYA!!!!!

merokok adalah tabiat buruk dan akan menyebabkan ketagihan. asap rokok dikaitkan dengan 40 penyakit serius dan kritikal antaranya:

penyakit jantung
kanser
tekanan darah tinggi
jangkitan saluran pernafasan
angin ahmar(strok)
penyakit gigi dan gusi
penyakit mata
ulser perut
osteoperosis
arteriosclerosis(penyempitan saluran darah)



GUNAKAN KAEDAH YANG BETUL UNTUK BERHENTI MEROKOK :)

tetapikan tarikh untuk  berhenti merokok
yakinkan diri
buat nota peringatan
katakan pada diri"aku bukan perokok"
tumpukan pada hari itu
sentiasa berfikiran positif
dapatkan sokongan
lawan keinginan untuk merokok
gunakan terapi gantian nikotin(contoh macam niquitin)
amalkan petua 12M untuk berhenti merokok
melengah- lengah untuk merokok
minum banyak air
lakukan senaman pernafasan/tarik nafas panjang
membuat sesuatu/menyibukkan diri
menjauhkan diri dari orang/kawan yang merokok
mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah
mandi dengan kerap
melakukan senaman rengangan
meditasi
mengelakkan diri dari situasi yang mendorong untuk merokok
dekatkan diri dengan Tuhan...






KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA.. HEHEHE....


JAGA KESIHATAN, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG... :) <3

Saturday 21 May 2011

50 TIPS PIKAT LELAKI!!!!

sekarang ni ramai jugak kawan2 aku yang single n xtau macam mane nak tackle lelaki... hehhe... so girls, this tips may help u... wish u best off luck! ehehe...
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka. (senyum itu kan sedekah.)
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. 
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka. 
4. Jujur dan sentiasa merendah diri. 
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. dia pasti takkan buat apa yang kita xsuka n jaga hati kita.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). 
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. 
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong kalau tak suka dikongkong...
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan "body language" yang anda ketahui seperti mata..
11. Jaga cara pemakaian anda, sopan.. xelok dedah ni..hehe
12. Sering memberikan something special buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. (tp jgn la terlalu berterus terang dlm semua perkara..kalo benda tu leh rosakkan hubungan..better diam je tau...)
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati. 
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. 
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain. (tapi jangan over sangat yerk..)
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. (baru tau? nanti dia cepat bosan)
19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang. 
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik. 
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. 
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal. natural sudah...hehehe
25. Mengetahui bila hari lahirnya. (always!)dia akan rasa dihargai tau!
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. (sifat childish ni sikit2 dah la... xyah all the time)
28. Agresif. (yeke? mcm xcaye je.. maybe dalam aiming goal of life kot)
29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama. (hehe..dahtu??..be passive? Tak boring ke?)
30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan. 
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.(INGAT TU!!!!)
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. 
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan. 
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. 
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis. 
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat. 
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu! 
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, dan gaya langkah kamu yang kemas. 
40. Jangan bersikap terlalu kuno. 
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya. 
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun. 
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama. 
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan. 
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada. 
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati. 
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang. 
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. 
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan. (hahaha...kene sejibik aku!nhhehe)
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Friday 20 May 2011

Kahwin Kerana Sebiji Apple...!!!

gambar hiasan


Seorang lelaki yang sholeh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah epal jatuh keluar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat epal yang merah ranum itu tergeletak di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakannyalah buah epal yang lazat itu, akan tetapi baru setengahnya di makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya. Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak menemui pemiliknya agar meninta dihalalkan buah yang telah dimakannya.

Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka langsung saja dia berkata, "Aku sudah makan setengah dari buah epal ini. Aku berharap anda menghalalkannya". Orang itu menjawab, "Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya". Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, "Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah ku makan ini." Pengurus kebun itu memberitahukan, "Apabila engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam". Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, "Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: "Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka" Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata," Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?"

Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, "Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat." Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, "Apa syarat itu tuan?" Orang itu menjawab, "Engkau harus mengawini putriku !"Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, "Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu yang keluar dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?" Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah menambahkan, katanya, "Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!"

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia persunting sebagai isteri gara-gara setengah buah epal yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, "Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !" Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, "Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul 'alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meredhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta'ala".



gambar hiasan

Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun mengucapkan salam, "Assalamualaikum..." Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi jadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut uluran tangannya. Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. "Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula", Kata Tsabit dalam hatinya.


gambar hiasan

Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ? Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, "Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?" Wanita itu kemudian berkata, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah". Tsabit bertanya lagi, "Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa?" Wanita itu menjawab, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat redha Allah. Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?" Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, "aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta'ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kebencian Allah Ta'ala". Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, "Ketika kulihat wajahnya... SubhanAllah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap". Tsabit dan isterinya yang salihah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.



alhamdulillah... yeah!!!! barang aku dari sarawak dah sampai.... best3x!!!! hehehehe... 
 
sekadar gambar hiasan... :)

ha, nak dijadikan cerita, kotak2 aku sampai dengan keadaan yang sangat menyedihkan... balut chanteks2 sekali sesampai je koyak rabak n ade kesan kene tebuk... What The Fish!!!!! huhuhu... ;<... paling aku xsuke orang buat macam tu.. huh! tapi nak sejuk kan hati, fikir +ve, aku anggap pihak pos L**** ni nak cek mane tau kot2 aku ade transport dadah celah2 muke surat buku2 aku...huhu... tapi, PERCAYALAH...!!! Beta bukan macam tu... aku masih berakal... tau baik buruk sesuatu tindakkan.. yang paling best sekali, semua orang nak tengok anak aku yang aku pos...hahahaha... sampai hati aku pos anak sendiri... dah la warna PINK!...hehehe 
hehehe... ni lah..GIBUM... <3 
hehehe.... 
hehee.... asal kan semua barang dah selamat sampai ke destinasi dan aku pun senang hati... hehehee... 
The End...

Thursday 19 May 2011

Masak Lemak Jantung Pisang... yum3...



Bahan-bahan:

1 biji     Jantung pisang
1/2 biji  Kelapa(ambil santan je)
sebatang serai (di titik)
10 ekor Ikan bilis (ikut suka banayak mana nak)
Garam secukup rasa
1 helai asam keping



cara-cara: 
bahan kisar halus:
1 inci Kunyit hidup
10 biji Cili api kampung

Bahan hiris:
1 helai  Daun kunyit (ikut saiz kecik pakai 2   helai)
1/2 biji Bawang Besar
1. rebus jantung pisang hingga lembut bersama asam keping dan sejemput garam.
2. setelah jantung pisang lembut, tos dan potong/hiris kasar atau halus.. ikut citarasa anda.
3. kemudian, campurkan bahan hiris, bahan kisar, serai yang telah dititik, ikan bilis, santan dan air secukupnya didalam periuk. jerang hingga sedikit mendidih.
4. kemudian, masukkan jantung pisang yang telah di potong tadi.
5. didihkan sebentar dan tambah garam secukup rasa.
6. siap masak boleh hidangkan.

Cadangan Hidangan:
Makan bersama nasi putih dan ikan masin goreng.
yumyum... sodap eh...hehehe



Lady Gaga - Born This Way

Wednesday 18 May 2011

the best suprise Ever!!!! i love it!

Before ni bila pergi jalan with my fiancĂ©, aku tengok je teddy bear yang di jual... Ash tengok je... i mentioned kt dia yg i nk teddy bear BESAR PUNYER on my birthday nanti... hehehe... xmalu minta present.. :) tapi, aku nak jugak... wakakaka... on my 22th birthday, :'( sedih sgt.. xde sesiapa yg celebrate... smua tinggal kn aku..ces... xpe2... alen kali aku buat party baru tau..hahaha... ak pon merajuk lah katekan dengan Ash... Last ly dia mention dia ade kirim cokelat... ak tunggu punyer tunggu2... esok sampai... aku dapat je call waktu prektikal... ffuuhh! nebes.. hehee... aku pecut berlari ala2 drift gitu balik umah...hahahaa.... ce bayang kan kengkawan...??? sesampai ke ak kt dpn gate de van pos express tunggu aku... dia masuk gate, parking and aku tunggu dgn muke 'kehappy-an"... ingat kota kecik je... sekali... mak aih! bosar ae..!!!  
Aku pon angkut lah bawak naik bilik... sesampia je, aku pon bukak dengan penuh keganasan... hahaha... sekali ini dia kawan2 isi kandungan tersurat dan tersirat dalam kotak besor tu...:)
  i love it!!! aku menangis dowh... terharu gle2! ak trus call pengirim si bear ni..hehehe.. ak ucap beribuan terima ksih...hehehe... ak bagi name kt dia gibum... <3
The End...