Saturday 18 June 2011

pregnant info!!!! hehehe...

hai, hari ni before tidur aku nak kongsi sikit pasal penjagaan baby dan selepas bersalin. well sebenarnyer topic ni ttibe jer tersembul kt kepale otak ni sebab semalam aku bagi advice and tips kat kawan aku yang tengah pregnant baby first...huhuhu... jeles aku... yelah... dia dah happy nak tunggu baby first dia...hehehe... mase dia tanyer tadi aku provide lah info2 terbaik... haaa... aku nk kongsi kt sini jugak lah...hehehe....

tips2 ni aku amek dari sumber yang boleh dipercayai dan tepat...hehehe...


Penjagaan Semasa Kehamilan

Perlu dielak mengambilnya ketika hamil... 
1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi. 
2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar. 
3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi. 
4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat. 
5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning. 
6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan. 
8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa. 
9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan. 
10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.



Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung...


Lawatan Pertama 
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam. 


Lawatan Ketiga Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:• Air kencing • Tekanan darah • Berat badan • Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu) • Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan) 


Lawatan Keempat Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut: • Air kencing • Tekanan darah • Berat badan 


Lawatan Kelima Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya. 


Lawatan Keenam Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda. 


Lawatan KetujuhUsia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba. 




Pentingnya Pemakanan 


1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu. 
2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan. 
3. Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren. 
4. Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari. 
5. Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda. 6. Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur. 
7. Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE. 


kepada sesiapa yang tengah pregnant, penting ni... kena tau kaedah bersalin...









Kaedah Bersalin

1. Kelahiran normal
2. Kelahiran cara forsep 



Kelahiran cara forseps adalah kelahiran dengan bantuan alat yang dikenali sebagai forseps.

Sekiranya digunakan dengan betul, ia tidak berbahaya malah mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Antara indikasi penggunaannya:
  • Kes sakit jantung ataupun darah tinggi, forseps dapat membantu ibu unutk tidak meneran terlalu kuat.
  • Bayi sudah terlalu lama dalam pintu rahim. Ada kalanya ibu tidak dapat meneran dengan baik dan kepala bayi tersekat lama dan boleh membahayakan bayi.
  • Keadaan bayi sonsang
3. Kelahiran cara vakum
Ia menggunakan kuasa sedutan pada kepala bayi bagi membantu mengeluarkannya. Ia digunakan dalam keadaan tertentu seperti forseps.

Kelebihannya berbanding forseps adalah ia dapat digunakan dalam kes-kes di mana kedudukan kepala bayi tidak berada dalam kedudukan optimu; iaitu kepala bayi dalam keadaan OT (senget ke tepi) atau OP (muka ke atas). Ia biasanya tidak menyebabkan luka pada vagina ibu sekiranya dilakukan dengan berhati-hati.
Antara komplikasi menggunkan vakum adalah apabila kepala bayi agak tiggi dan ibu tidak dapat membantu meneran dengan baik. Pendarahan mungkin terjadi di bahadian bawah kulit kepala bayi.
Doktor kanak-kanak akan dipanggil bagi menilai keadaan bayi. Kepala bayi akan kelihatan lonjong sedikit selepas lahir dan akan hilang dalam masa seminggu.

4. Kelahiran pembedahan caesarean
Kaedah pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi boleh dilakukan melalui anestetik menyeluruh atau anestetik lokal. Biasanya kaedah yang lazim diguna ialah anestetik lokal iaitu kaedah spinal anesthesia (kaedah bius daripada pingang ke bawah).
Pembedahan caesarean ini selamat kerana adanya pembiusan lokal bersama antibiotik. Dalam kaedah pembedahan ini, incision atau torehan dilakukan pada bahagian panty-line atau bahagaian ari-ari.
Selapis demi selapis lapisan abdomen dibuka sehingga sampai ke ruang abdomen. Ada 6 bahagian lapisan abdomen yang dibuka sebelum sampai ke rahim. Dan apabila sampai ke rahim, torehan akan dilakukan pada segmen bawah dan bayi akan dikeluarkan.
Selepas itu setiap lapisan abdomen yang dibuka tadi akan dijahit semula dengan kemas. Apabila semuanya selesai, biasanya lukanya akan sembuh dalam masa 2 minggu sehingga 1 bulan. Dan biasanya dalam tempoh 2 bulan ibu sudah boleh beraktiviti harian tanpa masalah.



Tips penjagaan selepas bersalin
Bagi 7 hari pertama selepas bersalin, tidak kira samada bersalin di rumah mahupun hospital, cuba berehat dikatil secukupnya pada siang hari, dan dapatkan tidur serta rehat setiap kali si kecil tidur.
Tidur dan rehat yang cukup untuk beberapa hari pertamaadalah penting untuk mengembalikan tenaga anda selepas proses kelahiran. Berikan diri anda sekurang-kurangnya 10 hari untuk mengembalikan tenaga seperti asal sebelum memulakan rutin harian.
Amalkan senaman
Bersenamlah sekurang-kurangnya sekali sehari selama 5 minit sebaik sahaja anda melahirkan anak. Senaman kaki dapat mengelakkan pembentukan darah beku.
Amalkan diet yang seimbang
Ianya penting untuk memberikan tenaga dan pemulihan semula sel-sel yang rosak semasa proses kelahiran.


Penjagaan Bayi Selepas Bersalin
Bayi yang baru lepas bersalin mudah dijangkiti penyakit. Jadi rawatan terbaik untuk bayi adalah seperti berikut:
  • Penyakit Kuning - ambil RTD
  • Kembung Perut - sapu ubat Minyak Bidara
  • Batuk - minum Asmakur
  • Selsema - ambil B1


Penyusuan ibu
gambar hiasan


Tahun pertama kehidupan seorang bayi adalah sangat penting kerana pada jangka waktu inilah pertumbuhan fizikal dan mental mula berkembang.
Penting bagi ibu mengetahui khasiat dan kebaikan me
nyusukan bayi. Ini kerana dengan penyusuan ibu dapat mengelakkan jangkitan kuman khususnya jangkitan yang melibatkan paru-paru dan otak, masalah pernafasan yang mungkin disebabkan oleh kelahiran belum cukup bulan atau bayi yang lahir dengan timbang berat yang rendah. Semua faktor ini, boleh menyebabkan bayi mati.
Susu ibu tidak seperti susu lembu yang memerlukan wang untuk membelinya. Ia mudah didapati dengan tidak memerlukan botol dan mudah diberikan kepada bayi bila-bila masa sahaja dalam apa jua keadaan.
Susu ibu juga mempunyai khasiat yang tinggi dari segi kandungan zat pemakanan. Ia mudah dihadam oleh bayi yang masih mempunyai sistem penghadaman yang kurang matang dan mendapati sukar untuk menghadam makanan yang lain daripada susu ibu. Ia juga mengandungi satu bahan pelindung untuk melawan penyakit iaitu antibodi. Dengan itu ia dapat memberi pertahanan kepada bayi yang baru lahir terhadap serangan jangkitan kuman.
Oleh itu susu ibu terkandung dalam satu takungan yang jarang-jarang dimasuki kuman, risiko bayi mendapat jangkitan kuman dari penyusuan ibu adalah jauh lebih rendah berbanding dengan penyusuan botol. Satu perkara yang amat penting dan perlu difikirkan dengan mendalam oleh ibu-ibu ialah penyusuan ibu boleh menjalin hubungan yang lebih rapat antara ibu dengan bayinya.
Ada ibu-ibu yang tidak boleh menyusukan bayi kerana faktor-faktor berikut:
  • Jangkitan kuman pada buah dada menyebabkan buah dada menjadi bengkak dan bernanah (abcess).
  • Ibu yang sakit tenat seperti penyakit jantung dan tidak berdaya untuk menyusukan bayi. Ibu ini juga dinasihatkan supaya tidak menyusukan bayinya.
  • Ibu-ibu yang mempunyai masalah pada putting susu seperti inverted nipple. Masalah ini kadangkala boleh diatasi dengan menggunakan sejenis alat yang boleh membetulkan keadaan putting buah dadanya. Ini boleh diajarkan oleh doktor.

Persediaan Penyusuan
Penyusuan ibu memerlukan persediaan sejak dari awal lagi khususnya sejak ibu mula mengandung. Puting susu bolehlah dibersihkah dengan air panas atau sabun. Buah dada juga elok diurut menghala ke arah puting. Segala kekotoran pada puting buah dada perlu dibersihkan kerana ini boleh menyebabkan aliran susu tersumbat. Kejayaan penyusuan juga banyak bergantung kepada taraf kesihatan dan pemakanan ibu yang mengandung. Jika ibu mengalami sebarang masalah kesihatan dan masalah kekurangan zat pemakanan, keadaan ini boleh menjejaskan atau mengganggu proses penyusuan. Penting bagi ibu mendapatkan sumbet zat protein yang mencukupi, vitamin serta zat logam khususnya zat besi kerana zat pemakanan ini akan masuk ke dalam air susu bagi memenuhi keperluan bayi.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, letakkan pada putting susu ibu kerana proses penghisapan akan mempercepatkan dan mempermudahkan pengeluaran air susu. Biasanya pada hari pertama atau hari kedua selepas kelahiran, air susu belum banyak keluar, malah kadang-kadang tidak ada langsung. Saya ingin menegaskan penghisapan putting perlu dilakukan berulang-ulang kali untuk mempercepatkan proses pembentukan air susu.
Pada waktu ini sesetengah wanita mengeluarkan air jernih bukan susu yang digelar colostrums. Ini juga mengandungi khasiat pemakanan yag baik untuk bayi. Pada hari pertama dan berikutnya jika susu ibu tidak mencukupi, bayi boleh diberikan susu botol.
Biasanya susu keluar pada hari kedua atau ketiga, namun demikian ada sesetengah ibu susunya keluar lebih lambat seperti tiga hingga lima hari kemudian. Kelambatan ini tidak perlu dibimbangkan kerana susu pasti akan keluar juga akhirnya.
Bagi ibu yang melahirkan anak sulung, proses penyusuan adalah satu pengalaman baru. Ibu mungkin terasa kekok pada mulanya. Sedutan atau hisapan bayi yang terlalu kuat mungkin menimbulkan rasa sakit. Jika percubaan pertama atau berikutnya masih gagal untuk memberi hisapan yang sepuasnya kepada bayi, kita tidak perlu putus asa dan terus memberhentikan usaha untuk menyusukan bayi. Seperti yang saya nyatakan tadi, jika kita berulang-ulang kali meletakkan bayi pada puting buah dada, dia akan cuba menghisap. Kadangkala bayi berasa hampa dan menangis kerana tidak ada susu yang keluar pada hari pertama dan kedua. 

haa... ni satu lagi paling penting kena prepare untuk pergi hospital anti: 


Diri Sendiri:
1 helai tuala mandi 
kertas doa semasa bersalin 
tuala wanita bersalin 
2 helai baju blaus butang depan 
2 helai kain batik 
2 pasang stokin
skirt labuh (untuk waktu balik) 
3 helai coli khas untuk menyusu 
3 pelapik coli
5 helai seluar dalam pakai buang 
sikat
berus gigi dan ubat gigi
sabun mandi, bedak, deodoran
tudung
bengkung
flask air
minyak panas
1 tali(kain tau bukan tali plastik) ikut lilitan badan

Baby’s:
sepasang baju lengan pendek (keluar hospital)
beberapa helai diapers
2 pasang booties & mittens
selimut baby (untuk bedung)
tuala mandi
sepasang baju lengan panjang (spare takut sejuk)
baby’s toiletries
2 helai barut
sapu tangan


Hubby:
kamera + charger bateri
sijil nikah (original & fotostat)
ic (original & fotostat suami isteri)
sepasang baju salin
kain pelikat + kopiah
duit bayar bil hospital
berus gigi, deodoran
handphone + charger
extra top up
surat GL (kalau government worker- spare)



haaa... dengan pajang lebar penjelasan ni... hope dapat membantu...hehehe....

No comments:

Post a Comment